Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perdana Menteri Slovakia letak jawatan ekoran krisis politik

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Perdana Menteri sementara Slovakia Eduard Heger mengumumkan peletakan jawatannya, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media tempatan pada Ahad (8 Mei).

Encik Heger yang menerajui pemerintah sementara selepas gabungan empat partinya sendiri tumbang pada Disember tahun lalu, menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Zuzana Caputova.

"Saya telah meminta Presiden membatalkan mandat saya," kata Encik Heger yang terkenal atas sokongan padunya kepada Ukraine menentang Rusia dalam perang tersebut.

Encik Heger berkata beliau menyerahkan kepada presiden dan pemerintah sementara untuk membawa Slovakia ke pilihan raya yang bebas dan demokratik.

Awal minggu ini, Menteri Pertanian Slovakia Heger Samuel Vlcan memutuskan untuk mengundurkan diri dan diikuti dengan peletakan jawatan Menteri Luar Rastislav Kacer.

Sementara itu, Cik Caputova dilaporkan mengesahkan bahawa pemerintah teknikal akan dilantik pada 15 Mei.

Ludovit Odor yang juga timbalan ketua Bank Negara Slovakia akan berkhidmat sebagai ketua kabinet sehingga pilihan raya mengejut pada September.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan