Perdana Menteri New Zealand bakal lawat Singapura dan Jepun

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern. (Gambar: David Lintott/AFP)
WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Arden akan mengetuai satu misi perdagangan ke Singapura dan Jepun pada lewat bulan ini, menurut pemerintah dalam satu kenyataan pada Isnin (11 April).
Menurut kenyataan itu, Cik Ardern akan diiringi Menteri Perdagangan dan Pertumbuhan Eksport Damien O'Connor dan 13 ketua perniagaan. Tujuannya untuk menyambung semula hubungan dengan dua rakan kongsi ekonomi dan keselamatan Indo-Pasifik terdekatnya.
"Kita harus terus berhubungan dengan dunia dan saya berharap dapat menyokong perniagaan kita merentasi pelbagai sektor dan berjumpa rakan kerja politik saya secara empat mata," kata Cik Ardern dalam satu kenyataan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.