Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perdana Menteri Kemboja bakal lawat Myanmar pada Januari

Perdana Menteri Kemboja Hun Sen akan ke Myanmar pada Januari untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin tentera negara itu, menjadikannya pemimpin antarabangsa pertama untuk melawat negara tersebut sejak rampasan kuasa junta, Februari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Perdana Menteri Kemboja bakal lawat Myanmar pada Januari

(Gambar: National Television of Cambodia (TVK)/AFP/File/An Khoun SamAun)

Diterbitkan : 07 Dec 2021 09:13PM Dikemas Kini : 07 Dec 2021 09:20PM

PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja Hun Sen akan ke Myanmar pada Januari untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin tentera negara itu, menjadikannya pemimpin antarabangsa pertama untuk melawat negara tersebut sejak rampasan kuasa junta, Februari lalu.

Myanmar menjadi huru-hara dan ekonominya lumpuh sejak pihak tentera menggulingkan pemerintah Aung San Suu Kyi, menamatkan tempoh demokrasi di negara Asia Tenggara itu.

Encik Hun Sen, yang pengkritik menyifatkan pentadbirannya mengekalkan pemerintahan kuku besi lebih 30 tahun, berjanji pada Isnin (6 Dis) untuk "bekerjasama dengan" junta Myanmar, sekali gus bertentangan dengan pendirian negara ASEAN lain berhubung isu itu.

Pemimpin dalam blok 10 negara itu bergelut menguruskan isu di Myanmar setelah junta tidak membenarkan utusan khas ASEAN untuk bertemu dengan pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi.

Blok itu kemudian enggan menjemput ketua tentera Myanmar, Min Aung Hlaing, menyertai persidangan ASEAN pada Oktober lalu.

Namun, PM Hun Sen yang negaranya mengambil alih Pengerusi ASEAN tahun depan berkata pemimpin Myanmar berhak untuk menghadiri sidang puncak ASEAN.

Menteri Luar Myanmar Wunna Maung Lwin mengundang Encik Hun Sen secara rasmi ke negara itu semasa perbincangan mereka pada Selasa.

Jurucakap bagi perdana menteri Kemboja, Eang Sophallet mendedahkan bahawa lawatan tersebut dijadualkan pada 7 dan 8 Januari.

Junta Myanmar mempertahankan rampasan kuasanya dan setakat ini lebih 1,300 orang maut dan ribuan diberkas dalam tindakan keras pihak tersebut terhadap pejuang demokrasi.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan