Perdana Menteri Jepun seterusnya dilantik pada 1 Okt
TOKYO: Satu sesi parlimen Jepun, di mana perdana menteri baharu negara itu akan dilantik, dijadual diadakan pada 1 Oktober, lapor Sputnik menukil laporan agensi berita Kyodo, memetik sumber.
Gabungan yang memerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) dan parti Komeito kini sedang membincangkan tarikh sidang parlimen dengan parti pembangkang itu, menurut laporan tersebut pada Jumaat (6 Sep), sambil menambah bahawa tarikh tersebut dijangka diluluskan menjelang hujung bulan ini.
Gabungan yang memerintah itu mempunyai majoriti di kedua-dua dewan parlimen, lantas, pemenang pilihan raya ketua LDP seterusnya akan menjadi Perdana Menteri Jepun ke-101, menurut laporan tersebut.
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida tidak akan bertanding untuk dipilih semula sebagai ketua parti itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.