Percubaan seleweng 2,000 liter diesel dipatahkan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: KPDNHEP Perak)
TAIPING: Tindakan mencurigakan seorang pemandu lori yang mengisi minyak berulang kali di beberapa stesen minyak, akhirnya mendedahkan aktiviti penyelewengan diesel di stesen minyak Batu 2 1/2, Jalan Simpang pada Selasa (6 Sep).
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Perak (KPDNHEP), Saifullizan Kamarul Zaman berkata operasi yang bermula pada jam 4.30 petang itu adalah hasil pemantauan harian yang dijalankan oleh para anggota penguat kuasa di stesen minyak sekitar Taiping.
Pemandu lori berusia 28 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen atau permit yang sah untuk membeli minyak diesel, menurut Encik Saifullizan.
"Tindakan bermula apabila pemerhatian anggota penguat kuasa KPDNHEP Taiping mendapati sebuah lori membuat pengisian berulang kali di beberapa stesen minyak di sekitar kawasan pemantauan."
"Mengesyaki berlakunya penyelewengan, pemeriksaan telah dilakukan ke atas lori tersebut."
"Terdapat sebuah lori bertutup kanvas sedang mengisi minyak diesel di stesen minyak tersebut dan pemeriksaan lanjut mendapati terdapat enam tangki fiber yang disyaki berisi minyak diesel disimpan di dalam lori itu."
"Pemeriksaan lanjut juga mendapati saluran tangki asal minyak lori terbabit telah diubah suai salurannya dan disambungkan dengan enam tangki plastik berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu (7 Sep).
Justeru, pasukan pegawai KPDNHEP Taiping sudahpun mengambil tindakan dengan menyita hampir 2,000 liter minyak diesel dari lori tersebut.
Kesemua barang rampasan itu dianggarkan bernilai RM77,300 (S$24,100) dan pemandu lori sudah ditahan untuk diambil keterangan.
"Pemandu kenderaan ini tidak mempunyai sebarang kebenaran bertulis untuk membeli barang kawalan petrol/diesel dalam kuantiti banyak daripada Pengawal Bekalan Malaysia."
"Terdapat enam tangki fiber diletakkan di bahagian belakang lori berkenaan dan dianggarkan hampir 2,000 liter diesel disyaki telah diisi ke dalam tangki-tangki berkenaan."
"Disyaki lori itu mengisi diesel di beberapa stesen minyak sekitar Taiping serta mengumpul di satu kawasan di Pulau Pinang sebelum dijual kepada pihak tertentu," katanya lagi.
Encik Saifullizan berkata kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Beliau turut menegaskan bahawa pihak kementerian melarang pembelian diesel dan petrol menggunakan tong, botol plastik atau mana-mana bekas melebihi 20 liter tanpa kebenaran Pegawai Bekalan.
Orang ramai dan pengusaha stesen minyak diingatkan bahawa mana-mana pihak yang hendak membeli petrol dan diesel bagi tujuan selain daripada mengisi minyak ke dalam kenderaan perlu mendapatkan permit khas yang dikeluarkan oleh KPDNHEP.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.