Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Percubaan kedua SpaceX Starship gagal akibat letupan selepas dilancarkan

Anggaran Waktu Membaca:
Percubaan kedua SpaceX Starship gagal akibat letupan selepas dilancarkan

(Gambar: AFP/TIMOTHY A. CLARY)

LOS ANGELES: Roket baharu SpaceX Starship yang dilancarkan pada Sabtu (18 Nov) berakhir dengan kegagalan apabila berlaku letupan beberapa minit selepas pelancaran, lapor Xinhua.

Roket Starship berjaya berlepas menggunakan kesemua 33 enjin Raptor pada Super Heavy Booster pada kira-kira 7.04 pagi Central Time dari pangkalan Starbase SpaceX di Texas, menurut SpaceX.

Ia berjaya melepasi fasa pemisah sebelum pendorongnya mengalami masalah.

Pelancaran itu merupakan ujian penerbangan bersepadu kedua dan ujian kali ini akan membantu meningkatkan kebolehpercayaan Starship dalam usaha SpaceX untuk membolehkan angkasawan dihantar ke Bulan, Marikh dan selainnya, kata SpaceX.

SpaceX akan berkongsi lebih banyak maklumat apabila pasukan menyemak data selesai menjalankan siasatan.
Sumber : Bernama/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan