Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Percubaan import 27,000 liter air zamzam ke M'sia dipatahkan

Anggaran Waktu Membaca:

PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan percubaan untuk membawa masuk 27,000 liter air zamzam di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada 21 Jun lalu, lapor Harian Metro. 

Pemangku Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Mohammad Sabri Saad berkata, pasukan operasi daripada Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah memeriksa kontena yang masuk melalui pintu masuk pelabuhan berkenaan.

"Kontena bersaiz 40 kaki (12.2 meter) itu diikrarkan sebagai barang peribadi dari negara Timur Tengah dan wakil perkapalan gagal mengemukakan dokumen berkaitan kelulusan mengimport.

"Pemeriksaan ke atas kontena terbabit menemui 27,000 liter produk cecair disyaki air mineral berjenama 'Zam-Zam Water,'" katanya pada sidang media di JKDM Zon Tengah pada Isnin (15 Ogos). 

Encik Mohammad Sabri berkata, rampasan dianggarkan bernilai RM601,260 (S$184,792) dan cukai dianggarkan sebanyak RM180,380 (S$55,438). 

"Air zamzam diklasifikasikan sebagai barang larangan import di bawah Butiran 74, Jadual Ketiga / Bahagian I, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

"Pengimport dan ejen penghantaran yang disyaki terbabit dalam pengimportan air zamzam ini sedang disiasat," katanya seperti dinukil oleh Harian Metro. 

Menurutnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan