'Percanggahan ketara' antara Denmark-Trump mengenai Greenland
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
WASHINGTON: Seorang pegawai kanan Denmark menyatakan pada Rabu (14 Jan) bahawa masih wujud "percanggahan pendapat yang ketara" mengenai isu Greenland dengan Presiden Donald Trump.
Kenyataan itu dibuat selepas pertemuan penting di Washington bersama Naib Presiden JD Vance dan Setiausaha Negara Marco Rubio.
Sekalipun demikian, kedua-dua pihak bersetuju untuk menubuhkan sebuah kumpulan kerja bagi membincangkan cara menyelesaikan perbezaan pendapat tersebut, memandangkan Encik Trump terus mendesak agar Amerika Syarikat mengambil alih wilayah autonomi milik Denmark itu.
"Pada pandangan kami, kumpulan ini harus fokus kepada cara menangani keprihatinan terhadap isu keselamatan pihak Amerika, dan pada masa yang sama menghormati kedaulatan pemerintah Denmark," kata Menteri Luar Denmark Lars Løkke Rasmussen, kepada para wartawan. Beliau hadir bersama Menteri Luar Greenland Vivian Motzfeldt dalam pertemuan tersebut.
Encik Trump cuba meyakinkan NATO supaya membantu Amerika Syarikat mendapatkan pulau terbesar di dunia itu. Beliau menegaskan bahawa sebarang keputusan selain daripada meletakkan Greenland di bawah kawalan Amerika adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Denmark pula mengumumkan rancangan untuk meningkatkan kehadiran tenteranya di kawasan Artik dan Atlantik Utara. Ini dilakukan selepas Encik Trump cuba memberi alasan bahawa pengambilalihan itu perlu kerana China dan Rusia juga berebut-rebut untuk mendapatkan Greenland.
Beberapa jam sebelum pertemuan itu bermula, Encik Trump menulis di laman media sosial bahawa Amerika Syarikat "memerlukan Greenland untuk tujuan Keselamatan Negara." Beliau menambah bahawa "NATO sepatutnya membantu kita mendapatkannya" supaya ia tidak jatuh ke tangan Rusia atau China.
"NATO akan menjadi lebih hebat dan berkesan jika Greenland berada dalam tangan AMERIKA SYARIKAT," tulis Encik Trump. "Apa-apa pun selain itu tidak boleh diterima."
Encik Rasmussen memberitahu para wartawan bahawa adalah jelas Presiden Trump masih mempunyai hasrat untuk "menakluki Greenland." Beliau menegaskan dalam mesyuarat itu bahawa perkara tersebut "bukanlah demi kepentingan pemerintah kami," namun mereka bersedia untuk terus berbincang.
RAKYAT GREENLAND MAHU AMERIKA SYARIKAT BERUNDUR
Perdana Menteri Greenland Jens-Frederik Nielsen berkata pada Selasa: "Jika kami perlu memilih antara Amerika Syarikat dan Denmark sekarang, kami pilih Denmark. Kami pilih NATO. Kami pilih pemerintah Denmark. Kami pilih Kesatuan Eropah (EU)."
Apabila ditanya mengenai komen tersebut, Encik Trump menjawab: "Saya tidak setuju dengannya. Saya tidak kenal siapa dia. Tetapi, itu akan menjadi masalah besar baginya."
Greenland sangat penting dari segi strategi kerana perubahan iklim menyebabkan ais mencair, sekali gus membuka laluan perdagangan yang lebih dekat ke Asia. Ia juga memudahkan usaha mengambil simpanan mineral penting yang diperlukan untuk menghasilkan komputer dan telefon.
Encik Trump juga berkata Greenland "sangat penting" untuk program pertahanan peluru berpandu Golden Dome milikn Amerika Syarikat.
Namun, para pakar dan penduduk tempatan mempersoalkan dakwaan Encik Trump.
"Satu-satunya orang China yang saya nampak adalah di kedai makanan segera," kata Lars Vintner, seorang jurutera di sana. Beliau sering keluar berlayar dan memburu, tetapi tidak pernah melihat kapal Rusia atau China.
Rakannya, Hans Nørgaard, bersetuju dan menambah: "Apa yang keluar dari mulut Donald Trump tentang semua kapal itu hanyalah khayalan."
Denmark menyatakan bahawa Amerika Syarikat (yang memang sudah ada pangkalan tentera di sana) boleh menaik taraf pangkalan mereka. Di bawah perjanjian tahun 1951, Amerika Syarikat mempunyai hak luas untuk membina pangkalan tentera dengan keizinan Denmark dan Greenland.
Oleh sebab itu, Encik Vintner berpendapat alasan "keselamatan" hanyalah satu muslihat semata-mata. Beliau percaya Encik Trump sebenarnya mahu memiliki pulau itu untuk mengaut keuntungan daripada sumber semula jadi yang belum diteroka.
Mikaelsen, seorang pelajar, berkata rakyat Greenland mendapat banyak faedah sebagai sebahagian daripada Denmark, seperti penjagaan kesihatan percuma, pendidikan, dan bantuan kewangan semasa belajar. "Saya tidak mahu Amerika Syarikat merampas semua itu daripada kami," katanya lagi.

Sumber : AP/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.