Perbincangan agihan kerusi PN bagi PRN dijangka diadakan pada 5 Jun
Anggaran Waktu Membaca:
Naib Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. (Gambar: Bernama)
KUALA TERENGGANU Perbincangan berkaitan agihan kerusi antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka diadakan pada 5 Jun depan.
Naib Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jawatankuasa perunding daripada parti komponen akan menghadiri pertemuan itu bagi membuat keputusan, yang akan dibawa ke Majlis Presiden PN.
"Sebelum ini kita dah adakan pertemuan untuk bincang kerusi, tetapi ada beberapa pemimpin parti (komponen) yang tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Jadi kami jawatankuasa perunding duduk dan bincang (agihan kerusi) pada 5 Jun ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Dana Sumbangan Pendidikan Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) pada Isnin (29 Mei).
Encik Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata sebarang isu yang tidak dapat diselesaikan dalam mesyuarat berkenaan akan dibawa ke Majlis Presiden untuk pertimbangan dan keputusan akhir.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.