Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perbincangan agihan kerusi PKR, Amanah, DAP bagi PRN Johor capai kata sepakat

Sebanyak 20 kerusi bakal ditandingi masing-masing oleh PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah), sementara DAP 16 kerusi, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Perbincangan agihan kerusi PKR, Amanah, DAP bagi PRN Johor capai kata sepakat

Encik Mohamad Sabu. (Gambar: BERNAMA)

JOHOR BAHRU: Sebanyak 20 kerusi bakal ditandingi masing-masing oleh PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah), sementara DAP 16 kerusi, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata perbincangan berkenaan agihan kerusi itu berjaya mencapai kata sepakat pada Selasa (25 Jan).

Bagaimanapun, katanya, calon yang akan bertanding masih dalam proses akhir dimuktamad dan disahkan.

"Yang diputuskan kelmarin, PKR 20 kerusi, Amanah 20 kerusi dan DAP 16 kerusi.

"Kemudian, parti-parti itu akan berjumpa, berbincang, kalau ada parti lain yang akan bersama dan dilihat boleh membawa faktor kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) di Johor ini.

"Peruntukan ini telah diberi dan kita akan dapat kata putus mengenai parti mana yang akan bersama, berapa kerusi akan bertanding, dalam sehari dua ini, Insha-Allah," katanya.

Mohamad Sabu berkata demikian pada sidang media selepas bersarapan bersama pimpinan PH Johor di Permas Jaya hari ini (27 Jan).

Tambahnya, perbincangan lanjut akan diadakan bagi memuktamadkan agihan kerusi dengan parti lain yang mahu bertanding bersama PH pada PRN Johor ini.

Ia termasuk Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan (WARISAN).

Jelasnya, 20 kerusi PKR dan Amanah membabitkan kawasan campuran serta kawasan majoriti kaum, manakala DAP akan bertanding di kawasan bandar serta di beberapa kawasan majoriti kaum.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan