Skip to main content

Dunia

Perbicaraan tuntutan saman terhadap Country Garden Danga Bay ditangguh ke Sep

Anggaran Waktu Membaca:
Perbicaraan tuntutan saman terhadap Country Garden Danga Bay ditangguh ke Sep
Diterbitkan : 04 Aug 2022 10:10PM
JOHOR BAHRU: Perbicaraan bagi tuntutan saman melalui perwakilan secara kolektif yang difailkan pemilik unit kondominium terhadap pemaju Country Garden Danga Bay di Mahkamah Tinggi Sivil Johor Bahru dijalankan buat hari kedua pada Khamis (4 Ogos).

Dalam keterangan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Noor Hisham Ismail, seorang pembeli dari Singapura, Anson Soh mendakwa 24 daripada 25 muka surat dalam perjanjian penjualan dan pembelian itu diubah tanpa pengetahuannya selepas beliau menandatanganidokumen tersebut.
Encik Soh berkata hanya muka surat terakhir yang mengandungi tanda tangannya tidak diubah.

Beliau menarik perhatian perbezaan dalam dokumen asli yang beliau miliki dan salinan dokumen dari pemaju.

Ia termasuk perbezaan dalam nama pemilik tanah pembangunan Country Garden Danga Bay serta jumlah tingkat tempat meletak kereta kondominum tersebut.

"Dalam salinan perjanjian itu, dikatakan ada tujuh tingkat tempat letak kereta, walhal dokumen asal menunjukkan enam tingkat. Sudah jelas muka surat perjanjian itu diubah," kata beliau.

Tuntutan saman itu difailkan oleh puluhan pemilik rumah yang tidak berpuas hati termasuk pelabur dari Singapura pada 2018 terhadap Country Garden Danga Bay atas penipuan dan salah gambaran.
Pada Khamis Encik Soh juga berkata unit yang dapat "sangat berbeza" daripada unit model yang beliau kunjungi semasa pameran projek itu pada 2013.

Dalam kenyataan saksi itu, Encik Soh turut menyerahkan gambar yang beliau petik menggunakan kamera digital semasa pameran projek dan membandingkannya dengan unit yang diberikan.

Beliau mendakwa mutu kabinet dapur, bahan yang digunakan untuk laci, saiz almari pakaian, jenis pintu dan dapur masak berbeza daripada apa yang dipamerkan dalam unit pameran berkenaan.

Hakim menangguhkan prosiding kepada 11 September sambil berkata peguam bela akan diberi peluang untuk menyoal balas.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita