Perbicaraan pembunuh Shinzo Abe dibatalkan berhubung objek mencurigakan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Nobuki Ito/Kyodo News via AP)
TOKYO: Satu persidangan pra-perbicaraan bagi lelaki yang dituduh membunuh mantan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dibatalkan pada Isnin (12 Jun) selepas sebuah objek mencurigakan dihantarkan ke mahkamah, lapor media tempatan.
Mahkamah Daerah Nara tidak dapat mengesahkan dengan segera mengenai laporan oleh penyiar berita termasuk penyiar negara NHK itu.
Siaran televisyen NHK itu menunjukkan ramai orang berkumpul di luar bangunan yang dikosongkan di barat Jepun.
Objek mencurigakan itu dilaporkan sebesar kotak kadbod empat segi sepanjang 33 sentimeter, dilekat dengan pita pelekat, yang menyalakan pengesan logam.
Tetsuya Yamagami sepatutnya tiba pada petang Isnin bagi perbicaraan atas pembunuhan Encik Abe pada siang hari yang mengejutkan satu dunia pada Julai tahun lalu.

Lelaki 42 tahun itu berdepan dengan tuduhan membunuh dan melanggar undang-undang pengawalan senjata. Dia boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.
Dia dilaporkan menyasar Encik Abe, ahli politik terkenal dan perdana menteri paling lama Jepun, berhubung hubungannya dengan Gereja Penyatuan, kumpulan global di mana anggotanya digelar sebagai 'Moonies'.
Yamagami dipercayai membenci gereja itu kerana sejumlah besar wang yang didermakan oleh ibunya sehingga menjadikan keluarganya muflis.

Sebelum perbicaraan itu dibatalkan, Yamagami menjalani pemeriksaan psikiatrik yang berakhir pada Januari.
Gereja Penyatuan ditubuhkan pada 1950-an oleh seorang yang menggelarkan dirinya sebagai penyelamat, Sun Myung Moon.
Dalam sepucuk surat yang diterbitkan media Jepun, Yamagami menuduh Encik Abe menyokong kumpulan itu dan meluahkan kebencian terhadap Gereja Penyatuan.
Gereja tersebut mengesahkan keahlian ibu Yamagami namun tidak mendedahkan jumlah wang yang didermakannya.
Beberapa laporan menyatakan derma tersebut dianggarkan mencecah ¥100 juta (S$964,000).

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.