Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perbicaraan kes saman fitnah Dr Mahathir terhadap Ahmad Zahid berhubung isu 'kutty' bermula 11 Sep

Anggaran Waktu Membaca:
Perbicaraan kes saman fitnah Dr Mahathir terhadap Ahmad Zahid berhubung isu 'kutty' bermula 11 Sep

Dr Mahathir Mohamad dan Dr Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar: Agensi Berita)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Selasa (28 Feb) menetapkan empat hari bermula 11 September untuk perbicaraan kes saman difailkan Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung isu 'kutty' membabitkan mantan Perdana Menteri Malaysia itu.

Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Dr Mahathir berkata Hakim Rozana Ali Yusoff menetapkan 11 hingga 14 September ini untuk perbicaraan selain menetapkan tarikh akhir bagi pengurusan kes pada 14 Julai.
 
"Pihaknya akan mengemukakan dua saksi iaitu Dr Mahathir dan anaknya, Mukhriz untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu," kata Mior Nor Haidir ketika dihubungi, selepas pengurusan kes yang berlangsung melalui sidang video pada Selasa.

Prosiding itu turut disertai peguam Mohd Shahril Madisa, mewakili Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu.

Difahamkan, seramai tiga orang saksi termasuk Encik Ahmad Zahid akan memberi keterangan pada perbicaraan tersebut.

Pada 20 Julai tahun lepas, Dr Mahathir, 97 tahun, memfailkan saman itu dengan menamakan Encik Ahmad Zahid, 70 tahun, sebagai defendan tunggal.

Dr Mahathir dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, Encik Ahmad Zahid telah mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa mesyuarat UMNO Bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017 dan kenyataan itu diterbitkan semula di YouTube Astro Awani dan beberapa portal berita dalam talian, yang boleh diakses oleh pengguna Internet tanpa sebarang sekatan.

Sementara itu, Encik Ahmad Zahid dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 17 Ogos tahun lepas, menafikan kenyataan yang dibuat pada 30 Julai 2017 adalah berniat jahat untuk memfitnah dan merendahkan reputasi plaintif di khalayak umum.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan