Perbicaraan kes rasuah, salah guna kuasa Muhyiddin dijadualkan pada 9 Mac
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes rasuah dan salah guna kuasa Muhyiddin Yassin akan bermula pada Isnin (9 Mac) di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.
Presiden BERSATU itu dijangka akan menghabiskan tiga hari akan datang dalam kandang tertuduh apabila perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan tujuh tuduhan berkaitan program Jana Wibawa bermula hari ini.
Perbicaraan di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin akan dimulakan dengan pihak pendakwa menyampaikan kenyataan pembukaan, yang akan menggariskan tuduhan serta bukti yang ingin dikemukakan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu, lapor BH Online.
Pihak pendakwa dijangka akan memanggil tidak lebih daripada 30 saksi untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu.
Perbicaraan dijadualkan berlangsung pada 9, 10 dan 11 Mac; 13, 16, 28 dan 29 April; 25 dan 26 Mei; 6 hingga 10 Julai, 13 hingga 17 Julai dan 27 hingga 29 Julai; serta 7, 18, 19, 20, 21, 26 dan 27 Ogos tahun ini.
Encik Muhyiddin, 79 tahun, didakwa pada 2023 atas tujuh kesalahan yang merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan inisiatif Jana Wibawa.
Pada 22 Ogos lalu, Jabatan Peguam Negara menolak representasi Encik Muhyiddin bagi menggugurkan tujuh tuduhan terhadapnya, menurut laporan BH Online.
Beliau didakwa menyalahgunakan kedudukannya dengan meminta rasuah berjumlah RM232.5 juta (S$72.1 juta) untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan Azman Yusoff.
Suapan yang didakwa itu dikaitkan dengan Jana Wibawa, iaitu program kerajaan yang diperkenalkan ketika pandemik COVID-19 bagi membantu kontraktor Bumiputera.
Encik Muhyiddin juga berdepan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM200 juta (S$64.6 juta) yang didakwa diterima daripada Bukhary Equity dan dimasukkan ke dalam akaun AmBank serta CIMB Bank milik BERSATU.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.