Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perbicaraan kes Najib dilapangkan, saksi tidak hadir

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Najib Razak pada Khamis (17 Nov) dilapangkan selepas Mahkamah Tinggi dimaklumkan bahawa tiada saksi pendakwaan hadir untuk memberi keterangan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, pihak pendakwaan cuba memanggil beberapa saksi untuk hadir ke mahkamah pada Khamis (17 Nov) tetapi tidak berjaya kerana notis yang singkat, lapor Astro Awani.

"Yang Arif, seperti yang dijanjikan, saya telah cuba memanggil saksi-saksi kami. Dua daripada mereka berada di luar negara, manakala tiga lagi tidak dapat hadir ke mahkamah atas pelbagai alasan.

"Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-43 iaitu Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Tan Sri Tong Kooi Ong hadir hari ini. Beliau sepatutnya disoal balas oleh peguam bela utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, tetapi Muhammad Shafee sedang cuti sakit," katanya.

Sementara itu, peguam Rahmat Hazlan yang juga mewakili Najib berkata, bosnya (Muhammad Shafee) akan menjalankan pemeriksaan balas terhadap Tong pada Isnin (21 Nov) kerana beliau sedang bercuti sakit tiga hari selepas berjumpa doktor gigi, menurut Astro Awani.

"Yang Arif, hanya Muhammad Shafee boleh menyoal Tong. Gusinya masih sakit akibat prosedur, dan beliau masih MC (cuti sakit)," kata peguam itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah kemudian melapangkan perbicaraan kes pada Khamis (17 Nov) dan akan bersambung pada Isnin (21 Nov).

Najib, 69 tahun, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion (S$6.9 bilion) daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan