Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah Ebit Lew bersambung esok, tampilkan saksi ke-6

Anggaran Waktu Membaca:
Perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah Ebit Lew bersambung esok, tampilkan saksi ke-6

Pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew hadir di Mahkamah Majistret Tenom pada 27 September 2022 untuk perbicaraan kes gangguan seksual. (Gambar fail: BERNAMA)

KOTA KINABALU: Sambungan perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal Ebit Lew, yang akan berlangsung pada Selasa (7 Feb), dijangka menampilkan saksi baru daripada pihak pendakwaan.

Perbicaraan yang bersambung selama empat hari, bermula 7 hingga 10 Februari ini, akan menampilkan saksi keenam. Bagaimanapun, butiran terperinci saksi belum diketahui setakat ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Mahkamah Majistret Tenom pada 22 Disember lalu menetapkan tarikh perbicaraan baru bagi kes itu selepas perbicaraan yang diadakan sebelum ini ditangguhkan.

Di perbicaraan tersebut, seramai tiga saksi dipanggil termasuk pendakwah bebas, Firdaus Wong atau nama sebenarnya, Firdaus Wong Hai Hung, 39 tahun, dan juga dua pegawai polis bagi memberi keterangan berhubung kes itu.

Setakat ini, keseluruhan saksi yang sudah dipanggil untuk memberi keterangan bagi pihak pendakwaan adalah seramai lima orang.

Ebit, 37 tahun, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, diwakili barisan peguam iaitu Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut manakala, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia serta Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, lapor agensi berita Sinar Harian.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan