Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perbicaraan kes dakwa ke atas Presiden Korea Selatan bakal bermula

Anggaran Waktu Membaca:
Perbicaraan kes dakwa ke atas Presiden Korea Selatan bakal bermula
Diterbitkan : 14 Jan 2025 02:26PM Dikemas Kini : 14 Jan 2025 02:28PM
SEOUL: Perbicaraan untuk mendakwa Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol yang digantung jawatan bermula pada Selasa (14 Jan).

Ini sedang Mahkamah Perlembagaan bersiap sedia untuk menimbangkan melucutkan beliau daripada peranannya sebagai presiden disebabkan percubaan gagal untuk menguatkuasakan undang-undang tentera.

Rampasan kuasa Presiden Yoon pada 3 Disember menjerumuskan Korea Selatan ke dalam krisis politik terburuk dalam beberapa dekad, setelah beliau mengarahkan askar menyerbu parlimen dalam percubaan yang gagal untuk menghalang penggubal undang-undang mengundi penggantungannya terhadap pemerintahan awam.

Beliau didakwa tidak lama kemudian dan digantung daripada tugas, namun beliau berkurung di kediamannya sejak itu.

Beliau juga menolak panggilan daripada penyiasat yang sedang menjalankan siasatan atas tuduhan pemberontakan dan menggunakan pasukan keselamatan presidennya untuk menentang penangkapan.

Penggubal undang-undang juga mencacatkan pengganti Presiden Yoon bulan lalu, meletakkan negara itu dalam ketidakstabilan politik yang lebih teruk. Pemangku presiden pada waktu ini kelihatan tidak mahu masuk ke dalam kebuntuan itu, sebaliknya menggesa semua pihak untuk berunding bagi mendapatkan penyelesaian.

Perbicaraan pertama daripada lima perbicaraan dijadualkan bermula pada jam 2:00 petang (0500 GMT). Sesi berikut berlangsung pada 16, 21, 23 Januari dan 4 Februari.

Mahkamah akan memutuskan terutamanya dua isu, sama ada perisytiharan undang-undang tentera Yoon tidak berperlembagaan dan jika ia menyalahi undang-undang.

"Kes pemecatan ini hanya tertumpu pada situasi undang-undang tentera, jadi faktanya tidak begitu rumit," kata peguam Kim Nam-ju kepada AFP.

“Memandangkan kebanyakan individu terbabit sudah pun didakwa dan faktanya sudah agak pasti, ia mungkin tidak akan mengambil masa yang lama.”

Mahkamah mempunyai sehingga 180 hari mulai 14 Disember, apabila ia menerima kes itu, untuk membuat keputusan sama ada Yoon benar-benar melanggar perlembagaan dan akta undang-undang tentera.

Pasukan undang-undang Yoon berkata beliau tidak akan hadir pada perbicaraan pertama atas kebimbangan keselamatan, berkata bahawa beliau bersedia untuk hadir pada tarikh kemudian jika isu keselamatan diselesaikan.

"Kebimbangan mengenai keselamatan dan kemungkinan insiden ditimbulkan. Oleh itu, Presiden tidak akan dapat menghadiri perbicaraan pada 14 Januari," kata peguam Yoon Kab-keun kepada AFP.

Perbicaraan akan diteruskan jika beliau tidak hadir.
 
Sumber : AFP/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan