Skip to main content

Dunia

Perbicaraan kes 1MDB Najib Razak disambung semula selepas ditangguh 4 bulan

Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak berkaitan dana syarikat 1MDB disambung hari ini (5 Jan) selepas ditangguhkan empat bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Perbicaraan kes 1MDB Najib Razak disambung semula selepas ditangguh 4 bulan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 05 Jan 2021 06:50PM Dikemas Kini : 05 Jan 2021 06:51PM

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak berkaitan dana syarikat 1MDB disambung hari ini (5 Jan) selepas ditangguhkan empat bulan.

Hari ini bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman disoal balas oleh pasukan peguam bela.

Najib dibicarakan bagi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya semasa menjadi Perdana Menteri untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion (S$756 juta) daripada dana 1MDB.

Beliau juga dikenakan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraannya dijadualkan berterusan sehingga 8 Julai.  

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita