Skip to main content

Dunia

Perbicaraan kes 1MDB ditangguh sehingga Ogos; saksi terakhir jatuh sakit

Anggaran Waktu Membaca:
Perbicaraan kes 1MDB ditangguh sehingga Ogos; saksi terakhir jatuh sakit

Gambar fail mantan perdana menteri Malaysia, Najib Razak. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 14 Jul 2022 01:39PM

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pindaan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak ditangguhkan pada Ogos kerana saksi terakhir pendakwaan yang dijadualkan memberi keterangan pada Khamis (14 Jul) mengalami masalah pendarahan usus.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa saksi berkenaan iaitu Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Haniff Lami sedang bercuti sakit dua hari kerana keadaan beliau agak teruk.

“Saya sudah berusaha membuat perancangan supaya keterangan beliau dibuat menerusi mesyuarat aplikasi Zoom. 

“Saya memohon maaf untuk perkara itu, kerana maklumat diterima lewat petang semalam (13 Jul) iaitu hampir pukul 7.00 malam...sijil sakitnya ada di mahkamah dan beliau diberi cuti sakit dua hari,” kata Encik Sri Ram.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan kemudian berkata perbicaraan akan bersambung semula pada 12 Ogos dengan peguam utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan meneruskan sesi pemeriksaan balas terhadap saksi ke-15 pendakwaan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy manakala Haniff akan tunggu sedia untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan terakhir.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita