Skip to main content

Dunia

Perbicaraan bermula di Johor selepas pemaju Country Garden Danga Bay disaman pembeli kondominium

Pemaju Country Garden Danga Bay turut memfailkan tuntutan mahkamah berasingan terhadap 5 anggota jawatankuasa pengurusan kondominium tersebut, mendakwa ia tidak dimaklumkan apabila pengurus hartanah ditukar.

Anggaran Waktu Membaca:
Perbicaraan bermula di Johor selepas pemaju Country Garden Danga Bay disaman pembeli kondominium

Kondominium di Country Garden Danga Bay. (Gambar: Amir Yusof)

Diterbitkan : 04 Aug 2022 08:46AM
JOHOR BAHRU: Perbicaraan bagi tuntutan mahkamah melalui perwakilan secara kolektif yang difailkan para pemilik unit kondominium terhadap pemaju Country Garden Danga Bay bermula di Mahkamah Tinggi Sivil Johor Bahru pada Rabu (3 Ogos).

Puluhan pemilik rumah yang tidak berpuas hati, termasuk para pelabur rakyat Singapura, memfailkan tuntutan tersebut terhadap Country Garden Danga Bay berhubung penipuan dan salah gambaran.

Para plaintif berkata pemaju itu membuat perubahan pada penjualan dan perjanjian pembelian selepas mereka sudah menandatanganinya.

Pada Rabu, salah seorang plaintif, Anson Soh, hadir di mahkamah dan memberi keterangan bahawa berdasarkan laporan juruukur kuantiti bagi unitnya, kos pemulihan bagi salah gambaran yang dikatakan itu dianggarkan berjumlah RM292,907.02 (S$90,760).

Encik Soh, yang memiliki sebuah unit di Royal Strand dalam kawasan pembangunan itu, menambah bahawa itulah kos yang diperlukan bagi "memulihkan unit tersebut menjadi gaya hidup lima bintang" seperti yang dijanjikan pemaju berkenaan.

Tambahan itu, rakyat Singapura berkenaan memberi keterangan bahawa pemaju tersebut memberi gambaran yang salah bagi sebilangan aspek ruang bersama kondominium itu dengan reka bentuk hartanah berbeza daripada apa yang ditetapkan dalam perjanjian penjualan dan pembelian.

Antara ciri-ciri serta kemudahan yang tidak disempurnakan adalah galeri langit di bumbung, lobi lif lima bintang, reka bentuk landskap, ciri-ciri air dan selusur pagar di taman langit, dedahnya.

"Anggaran kos sebilangan ciri-ciri dan kemudahan yang tidak disempurnakan seperti ditetapkan oleh arkitek Low Ai Ling (yang diambil khidmat oleh para plaintif) berjumlah RM53,207,840 (S$16,483,750)," kata Encik Soh.

Encik Leonard Yeoh, peguam yang mewakili Country Garden, berkata Encik Soh memberi "bukti khabar angin" sebagai testimoninya.

Para plaintif diwakili oleh Cik Viola DeCruz dari V L Decruz and Co. Kes tersebut ditangguhkan sehingga Khamis, pada pukul 11.30 pagi, oleh Hakim Mahkamah Tinggi Noor Hisham Ismail.

Sementara itu, pemaju berkenaan memfailkan tuntutan mahkamah berasingan terhadap lima anggota jawatankuasa pengurusan kondominium tersebut.

Pemaju itu mendakwa jawatankuasa pengurusan itu tidak memaklumkan Country Garden apabila ia mengundi untuk menukar pengurus hartanah.

Kes tersebut dijadualkan didengar di Tribunal Pengurusan Strata Johor Bahru pada pagi Khamis (4 Ogos).

Menurut laman Facebooknya, Country Garden Danga Bay adalah sebuah pembangunan merangkumi perumahan bertingkat tinggi, komersil serta riadah yang bersepadu sepenuhnya dan menghadap Selat Johor.

Terletak di Iskandar Malaysia, koridor ekonomi di Johor selatan, ia merupadakan sebuah projek oleh pemaju China, Country Garden.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita