Skip to main content

Dunia

Perbicaraan Aung San Suu Kyi ditangguhkan sekali lagi

Buat kali kedua berturut-turut mahkamah di Myanmar menangguhkan perbicaraan pemimpin awam yang digulingkan tentera, Aung San Suu Kyi.

Anggaran Waktu Membaca:
Perbicaraan Aung San Suu Kyi ditangguhkan sekali lagi

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 24 Mar 2021 05:10PM Dikemas Kini : 24 Mar 2021 05:11PM

YANGON: Buat kali kedua berturut-turut mahkamah di Myanmar menangguhkan perbicaraan pemimpin awam yang digulingkan tentera, Aung San Suu Kyi.

Perbicaraan itu sepatutnya berlangsung pada Rabu (24 Mac).

Namun, seorang pembantu peguam beliau berkata ia telah ditangguhkan sehingga 1 April depan.

Cik Suu Kyi ditangkap pada hari tentera merampas kuasa pada 1 Februari lalu.

Beliau dikenakan beberapa pertuduhan termasuk rasuah, mengimport alat perhubungan walkie-talkie secara haram dan melanggar protokol pencegahan COVID-19.

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita