Perbicaraan 1MDB: Najib Razak diperintah bela diri susuli bukti mencukupi daripada pendakwa
Anggaran Waktu Membaca:

Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 30 Oktober 2024. (Gambar: Fadza Ishak/CNA)
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak perlu membela diri atas 25 tuduhan menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram.
Ini selepas seorang hakim membuat keputusan bahawa pihak pendakwa sudah mengemukakan bukti yang muncukupi dalam kes rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Collin Lawrence Sequerah menyampaikan keputusannya di Mahkamah Tinggi pada Rabu (30 Okt).

Keputusan itu dibuat selepas 12 hari penghujahan lisan oleh pihak pendakwa dan pembela, yang bermula pada 19 Ogos dan berakhir pada 3 Oktober.
Pihak pendakwa menutup kes mereka terhadap Najib pada 30 Mei lalu, dan lebih 50 saksi sudah dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung sejak lima tahun lalu, bermula 28 Ogos 2019.
Najib, 71 tahun, didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Kesalahan tersebut membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah rasuah, atau RM10,000 (S$3,032), mana-mana yang lebih tinggi.
Bagi 21 tuduhan pengubahan wang haram, Najib dituduh melakukan kesalahan tersebut antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Najib membuat permohonan maaf secara terbuka minggu lalu atas kejadian salah laku bagi skandal 1MDB yang menyaksikan lebih AS$4.5 bilion (S$5.9 bilion) dicuri daripada tabung negara.
"Ia memeritkan bagi saya setiap hari mengetahui bahawa kemelut 1MDB berlaku di bawah pengawasan saya sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri," kata Encik Najib dalam surat yang dibacakan di sidang media oleh anaknya.
Namun, mantan Perdana Menteri itu kekal menyatakan bahawa beliau tidak bersalah, sambil mendakwa bahawa dipertanggungjawabkan dari segi undang-undang atas perkara yang tidak dimulakan atau dilakukan secara sengaja adalah tidak adil baginya.
Beliau kini menjalani hukuman penjara 12 tahun - yang kemudiannya dikurangkan separuh - atas kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram kerana menerima kira-kira AS$10 juta (S$13 juta) secara haram daripada bekas unit 1MDB, SRC International.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.