Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perbelanjaan pemerintah: Dewan Senat dan Presiden Trump terus buntu

Sebahagian daripada operasi pemerintah federal Amerika Syarikat yang lumpuh sejak tiga hari lalu kerana tiada wang biaya mungkin berterusan sehingga tahun baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Dec 2018 08:43PM Dikemas Kini : 25 Dec 2018 11:49PM

WASHINGTON: Sebahagian daripada operasi pemerintah federal Amerika Syarikat yang lumpuh sejak tiga hari lalu kerana tiada wang biaya mungkin berterusan sehingga tahun baru.

Kebuntuan itu berikutan pertikaian antara Dewan Senat dengan Presiden Donald Trump mengenai dana AS$5 bilion (S$6.9 bilion) bagi membina tembok sempadan.

Dewan Senat enggan meluluskan dana itu. Presiden Trump membalasnya dengan enggan menandatangani rang undang-undang bagi peruntukan belanjawan federal yang baru.

Sesi Dewan Kongres sudahpun dihentikan sempena Krismas.

Pertikaian itu turut menjejas Pokok Krismas Nasional di Washington. Buat seketika, lampu-lampu hiasannya tidak dapat dihidupkan kerana tiada biaya. Mujur ada sebuah yayasan amal yang membantu untuk menyerikan semula pokok Krismas itu.

Sungguhpun begitu bagi kira-kira 400,000 pekerja federal, datang bekerja semalam (24 Dis) tanpa dibayar gaji.

Sekitar 400,000 pekerja lagi terpaksa ambil cuti. 

Sumber : AFP/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan