Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perbelanjaan pelancong ke Jepun cecah paras rekod pada 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Perbelanjaan pelancong ke Jepun cecah paras rekod pada 2024

(Gambar fail: Richard A. Brooks / AFP)

Diterbitkan : 15 Jan 2025 05:53PM Dikemas Kini : 15 Jan 2025 05:55PM
TOKYO: Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (S$69.7 bilion) buat kali pertama, lapor agensi berita Kyodo berdasarkan data kerajaan yang dikeluarkan pada Rabu (15 Jan).

Pelancong asing membelanjakan sejumlah 8.14 trilion yen (S$70.9 bilion) untuk penginapan, membeli-belah dan perbelanjaan lain pada 2024, mengatasi rekod sebelum ini sebanyak 5.31 trilion yen (S$46.2 bilion) yang dicatat pada 2023, menurut perangkaan awal daripada Agensi Pelancongan Jepun.

Lebih 36.8 juta pelancong asing mengunjungi Jepun pada 2024, dengan peningkatan yang didorong oleh nilai yen yang lemah serta penyambungan semula laluan penerbangan antarabangsa ke Jepun selepas pandemik COVID-19, menurut Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun.

Menurut laporan itu, angka kumulatif dari Januari hingga November tahun lalu sudah pun melepasi rekod tahunan sebelumnya iaitu sekitar 31.9 juta pelancong pada 2019, sebelum pandemik.

Kerajaan menyasarkan untuk menarik 60 juta pelawat setahun dan meningkatkan perbelanjaan tahunan mereka kepada 15 trilion yen (S$130.7 bilion) menjelang 2030, tetapi berdepan isu berkaitan pelancongan berlebihan serta kekurangan tenaga kerja dalam sektor hospitaliti.

Usaha turut dilakukan untuk menarik lebih ramai pengembara mewah serta menggalakkan pelawat melawat kawasan luar bandar dengan memperbaiki akses ke lapangan terbang serantau.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan