Perbahasan Kertas Putih COVID-19: AP aju soalan tentang perbelanjaan awam, persiapan harungi pandemik seterusnya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Persediaan bagi mengharungi pandemik seterusnya, pemantauan lebih rapi terhadap perbelanjaan awam dan peningkatan pada piawai dormitori pekerja hijarahan adalah antara isu yang dibangkitkan pada Isnin (20 Mac). Ini ketika Dewan membahaskan Kertas Putih yang menyemak semula tindak balas pemerintah terhadap COVID-19.
Selama hampir enam jam, 19 Anggota Parlimen (AP) - termasuk Ketua Pembangkang Pritam Singh - menyuarakan pandangan mereka mengenai Kertas Putih yang dikeluarkan pada awal bulan ini.
Pemegang jawatan seperti Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng serta Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri Sun Xueling, turut memberikan pandangan mereka.
Kertas Putih, diterbitkan pada 8 Mac, berlandaskan semakan yang dijalankan mantan Ketua Perkhidmatan Awam Peter Ho, dan ia termasuk temu bual yang diadakan dengan para menteri dan kakitangan awam.
Ia juga disertakan dengan dapatan semakan yang dilaksanakan agensi-agensi pemerintah lain dan perspektif daripada masyarakat awam serta sektor swasta.
Berucap sebelum perbahasan tersebut, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong akur bahawa terdapat aspek yang boleh dilakukan dengan lebih baik lagi oleh pemerintah.
Beliau menambah bahawa tindak balas pemerintah terhadap COVID-19 "tidak sempurna".
"Kami berterus terang dan bersikap telus mengenai hal ini agar kami dapat mempelajari daripada pengalaman kami."
Beliau menarik perhatian bahawa sebuah pusat khas bagi kesihatan awam dan pasukan yang akan menjangka serta memantau risiko bakal ditubuhkan untuk mempersiapkan Singapura dengan lebih baik bagi mengharungi pandemik seterusnya.

MELAKUKAN PERSIAPAN BAGI PANDEMIK SETERUSNYA
Semasa perbahasan tersebut, beberapa AP bertanya sekiranya lebih banyak usaha boleh dilaksanakan dalam bidang-bidang seperti rangkaian bekalan bagi peranti perubatan penting dan keupayaan pembangunan vaksin.
AP Tan Wu Meng (PAP-Jurong), misalnya, ingin mengetahui jika rangkaian bekalan "perisai terhadap ancaman" bagi pekerja jagaan kesihatan barisan hadapan seperti pelitup dan sarung tangan pembedahan dibincangkan untuk mengelakkan risiko penumpuan dan dinilai untuk kelemahan yang berpotensi.
BUTIRAN LANJUT MENGENAI PERBELANJAAN PEMERINTAH
Menarik perhatian bahawa syarikat berkaitan Temasek memainkan peranan "besar" semasa pandemik dengan menjalankan inisiatif seperti pengagihan pelitup dan cecair pembersih tangan, AP Gerald Giam (WP-Aljunied) bertanya berapa banyak yang sudah dibelanjakan Temasek Holdings serta pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dengannya, menggunakan dana mereka sendiri untuk usaha tersebut.
"Saya menghargai usaha oleh syarikat-syarikat Temasek dan kakitangannya, dalam memastikan keselamatan warga Singapura tatkala pandemik, serta sumber yang telah dibelanjakan untuk berbuat demikian," ujarnya.
"Namun, saya fikir adalah penting untuk Dewan mengetahui jika perbelanjaan Temasek bagi COVID-19 menggunakan sebahagian daripada rizab kita dan jika ya, sama ada kelulusan Presiden telah diminta dan diperolehi?"
DORMITORI PEKERJA HIJRAHAN
Para AP juga menggesa peningkatan lanjut terhadap keadaan dormitori pekerja hijrahan, dengan sebilangan daripada mereka mendesak pemerintah untuk menetapkan garis masa "konkrit" bagi semua dormitori untuk memenuhi piawaian minimum.
Walaupun terdapat peningkatkan pada piawaian seperti mengehadkan jumlah maksimum penghuni bagi setiap bilik kepada 12 orang, beberapa AP menarik perhatian bahawa pelaksanaan dan penguatkuasaan tidak sekata di dormitori-dormitori di seluruh negara.
PENGURUSAN TENAGA MANUSIA
Dengan operasi perniagaan dan tenaga manusia terjejas teruk semasa pandemik disebabkan langkah-langkah COVID-19, sesetengah AP juga bertanya jika isu itu boleh diuruskan dengan lebih baik dalam krisis seterusnya.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.