Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peraturan cegah buang sampah sembarangan diperketat bagi capai Agenda Johor Bersih

Anggaran Waktu Membaca:
Peraturan cegah buang sampah sembarangan diperketat bagi capai Agenda Johor Bersih

Gambar: Facebook/Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor akan memperhebatkan penguatkuasaan berhubung pembuangan sampah mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata beliau sudah berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Mohd Jafni Md Shukor serta Datuk Bandar Johor Bahru Mohd Noorazam Osman berhubung perkara itu.

Beliau berkata mengikut akta itu mana-mana pihak yang didapati sengaja membuang sampah di tempat-tempat awam boleh didenda maksimum RM500 (S$155) jika disabit buat kali pertama.

Menurutnya lagi, dalam usaha Johor menjadi negeri maju menjelang tahun 2030, aspek kebersihan tidak boleh diabaikan.

"Agenda Johor Bersih ini sebenarnya telah dilancarkan sejak tahun lepas, tetapi cabaran sebenar ialah untuk menukar minda dan sikap segenap lapisan Bangsa Johor tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau pada Ahad (5 Feb).

Sementara itu, Encik Onn Hafiz turut berkata beliau dimaklumkan harga barangan basah seperti ayam, ikan, timun dan tomato masih tinggi ketika membuat tinjauan di Pasar Besar Larkin hari ini.

Beliau berkata ini akan membebankan bukan sahaja pihak pembeli, tetapi juga pihak penjual runcit yang terpaksa mengekalkan margin keuntungan biarpun sedikit.

"Saya telah meminta pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup agar meningkatkan pemantauan dan memastikan tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan," katanya.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan