Skip to main content

Dunia

Peranti komunikasi niat jahat ditemui dalam pembalik tenaga suria China

Anggaran Waktu Membaca:
Peranti komunikasi niat jahat ditemui dalam pembalik tenaga suria China

Panel suria disusun pada Hari Bumi di Northfield, Massachusetts, Amerika Syarikat, pada 22 Apr 2022. (Gambar Fail: Reuters/Brian Snyder)

Diterbitkan : 16 May 2025 02:42PM Dikemas Kini : 16 May 2025 02:43PM
LONDON: Pegawai tenaga Amerika Syarikat sedang mengkaji semula risiko yang timbul daripada peranti buatan China yang memainkan peranan penting dalam infrastruktur tenaga boleh diperbaharui selepas peranti komunikasi yang tidak dikenal pasti dijumpai dalam beberapa prasarananya, menurut dua sumber yang tahu tentang perkara itu.

Pembalik tenaga kebanyakannya dihasilkan di China, digunakan untuk menghubungkan panel suria dan turbin angin dengan grid elektrik. Ia juga terdapat dalam bateri, pam haba dan pengecas EV.

Walaupun pembalik tenaga membolehkan kemas kini dipantau dari jauh, syarikat utiliti biasanya memasang pengalis (firewall) untuk sekat komunikasi ke China.

Sungguhpun begitu, peranti komunikasi niat jahat yang tidak disenaraikan dalam dokumen produk ditemui dalam beberapa penukar arus tenaga suria China, dedah dua sumber itu.

Peranti komunikasi tanpa dokumen, termasuk radio selular, juga ditemui dalam beberapa bateri keluaran beberapa pembekal China.

Komponen niat jahat itu boleh membolehkan pengalis dipintas dari jauh, dan berpotensi menimbulkan masalah, jelas dua sumber itu.

Alat yang tidak dibenarkan itu boleh digunakan untuk mematikan pembalik tenaga atau menukar tetapannya (settings), sekali gus boleh menjejas kestabilan grid tenaga dan memutuskan tenaga elektrik, kata pakar.

Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (DOE) menyatakan pihaknya sentiasa menilai risiko dan mengambil kira cabaran dengan pengilang mendedahkan fungsi.

PERALATAN YANG DIPERCAYAI

Sedang ketegangan Amerika-China memuncak, Amerika Syarikat dan negara-negara lain menilai semula peranan China dalam infrastruktur strategik disebabkan oleh kemungkinan kelemahan keselamatan.

Wakil Amerika Syarikat August Pfluger berkata: "Sama ada penggodaman telekom atau akses ke atas pembalik solar dan bateri dari jauh, CCP tidak akan henti menyasarkan infrastruktur dan komponen sensitif kami."
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita