Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peranti IED tidak sempurna ditemui di Damansara; ancaman bom palsu di KL

Polis menemui sebuah alat letupan di laman sebuah rumah di Bukit Damansara pada Khamis (1 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Peranti IED tidak sempurna ditemui di Damansara; ancaman bom palsu di KL

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 02 Aug 2019 12:00PM Dikemas Kini : 02 Aug 2019 12:03PM

KUALA LUMPUR: Polis menemui sebuah alat letupan di laman sebuah rumah di Bukit Damansara pada Khamis (1 Ogos).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata hasil pemeriksaan Unit Pemusnah Bom (UPB) mendapati objek yang ditemui orang awam pada 5.00 petang dan memaklumkan mengenainya pada 10.00 malam itu adalah ‘Improvised Explosive Device’ (IED) yang tidak sempurna.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap objek itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, polis juga mengesahkan ancaman bom di KL Sentral dan Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur malam tadi sebagai palsu. 

Ancaman bom di kedua-dua tempat itu diterima melalui catatan di akaun Twitter yang menggunakan nama iMais-Uma Agencia Sincera, yang dikatakan digodam oleh ‘limzhengyan’ pada 7.21 malam tadi.

Catatan di laman Twitter itu menyatakan sebuah beg berjenama dengan bom diletakkan di 'concourse' KL Sentral serta bom turut diseludup masuk ke Kedutaan Rusia, Jalan Ampang.

Encik Mazlan berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang menerima maklumat pada pukul 9.00 malam daripada pihak Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) yang menguruskan KL Sentral sudahpun mengerahkan UPB dan Unit K9 (Unit Anjing Pengesan) untuk membuat pemeriksaan. 

Bagaimanapun, katanya tiada sebarang objek mencurigakan ditemui dengan operasi tren dan perniagaan di KL Sentral tutup pada 11.00 malam. 

“Di Kedutaan Rusia, Jalan Ampang pula, siasatan telah dibuat dan juga didapati negatif. Dipercayai maklumat yang diberi juga maklumat palsu,” katanya.

Jelas Encik Mazlan, pasukannya sedang menjalankan siasatan dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan pemilik akaun Twitter berkenaan. Polis menemui sebuah alat letupan di laman sebuah rumah di Bukit Damansara pada Khamis (1 Ogos).

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan