Perang Timur Tengah uji perpaduan ASEAN; pemimpin himpun di Cebu bagi sidang puncak
Anggaran Waktu Membaca:
Bendera Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan negara-negara anggotanya. (Gambar: Mediacorp)
CEBU: Pemimpin-pemimpin dari Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dijadualkan berkumpul di Cebu minggu ini untuk sidang puncak yang sudah pun dibentuk oleh perang berterusan di Timur Tengah, sedang kebimbangan meningkat mengenai keselamatan tenaga dan kestabilan ekonomi di seluruh rantau ini.
Pengerusi blok, Filipina, sebelum ini mengurangkan aktiviti tidak penting dan mengetatkan agenda bagi mesyuarat bersemuka tersebut, yang merupakan yang pertama daripada dua sidang puncak yang dijangka diadakan tahun ini.
Para pemimpin dijangka memberi tumpuan kepada ketegangan melibatkan Iran dan Selat Hormuz, memandangkan gangguan terhadap rantaian bekalan tenaga global meningkatkan risiko kepada rantau ini.
ASEAN mengekalkan pendirian yang konsisten: Perang di Timur Tengah mesti dihuraikan secara diplomatik dan aman.
Namun, penganalisis berkata ketidaktentuan dari Amerika Syarikat merumitkan keadaan.
Walaupun begitu, pemerintah-pemerintah ASEAN dijangka mengambil langkah dalam kawalan mereka untuk mengurus kesan terhadap negara anggota dan mengurangkan gangguan kepada kehidupan harian.
KEMAJUAN BERMAKNA “AGAK TERHAD”
Walaupun ASEAN secara konsisten menyeru kepada keamanan, pakar menyatakan bahawa perpaduan dari segi praktikal masih tidak sekata.
Susannah Patton, zamil bukan pemastautin di badan pemikir Lowy Institute yang berpangkalan di Australia, menyatakan bahawa negara anggota ASEAN sudah menyuarakan kepentingan bersama melalui menteri ekonomi mereka untuk melihat huraian perang tersebut.
“Mereka mahu melihat bekalan bahan api kembali pulih dan pembukaan Selat Hormuz,” katanya.
“Namun, apabila ia melibatkan kerjasama praktikal antara negara untuk meningkatkan perdagangan tenaga dalam ASEAN, kemajuan bermakna agak terhad.”
Cik Patton menambah bahawa perbezaan kepentingan negara juga telah timbul.
Khususnya, dua minggu lalu, Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa, mencadangkan idea mengenakan cukai ke atas kapal yang melalui Selat Melaka, sebagai sebahagian usaha untuk memaksimumkan kedudukan strategik negara itu dalam laluan perdagangan dan tenaga global.
Selat Melaka merupakan laluan perkapalan utama bagi perdagangan dan tenaga global. Ia terletak terutamanya di antara Indonesia, Malaysia dan Singapura, serta menghubungkan Lautan Hindi dan Pasifik.
Encik Purbaya berkata idea mengenakan cukai itu diilhamkan oleh rancangan Iran untuk mengenakan caj ke atas kapal yang melalui Selat Hormuz, dan cukai tersebut boleh dibahagikan kepada tiga antara Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Selat Hormuz - yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Lautan Hindi - mengendalikan kira-kira satu perempat perdagangan minyak dunia melalui laut. Ia sebahagian besarnya disekat oleh Tehran sejak 28 Feb apabila Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran.
Cadangan Encik Purbaya kemudian ditolak oleh menteri luar Singapura dan Indonesia.
Namun begitu, Cik Patton memberitahu Mediacorp bahawa ini menunjukkan “minat untuk meneroka sama ada terdapat cara ASEAN boleh mendapat manfaat secara langsung daripada pergolakan global ini”.
APA HASIL YANG BOLEH DIJANGKA
Memandangkan wujud perbezaan ini, penganalisis berkata jangkaan terhadap langkah penyelarasan besar adalah sederhana, dengan respons di peringkat nasional berkemungkinan mendominasi sidang puncak.
Beliau menambah bahawa blok itu dijangka mengeluarkan kenyataan solidariti dalam menghadapi cabaran global semasa.
Namun, para pemimpin dijangka membincangkan langkah praktikal untuk meredakan kejutan ekonomi, melindungi trafik maritim dan mengurus risiko peningkatan konflik.
Isu utama dalam agenda termasuk bekalan bahan api, harga makanan dan kebajikan pekerja migran.
Selain krisis Timur Tengah, sidang puncak itu juga akan menangani pelbagai cabaran serantau yang berterusan. Ini termasuk daya tahan bencana - satu keutamaan bagi Filipina - serta kerjasama ekonomi, ketegangan perdagangan dan daya tahan rantaian bekalan.
Para pemimpin juga dijangka membincangkan perkembangan di Myanmar, penyertaan terkini Timor-Leste ke dalam ASEAN, serta tekanan geopolitik yang lebih luas, termasuk persaingan dengan China dan ketidaktentuan tarif berkaitan Amerika Syarikat.
Daya tahan jangka panjang ASEAN akan bergantung kepada kerjasama dalaman yang lebih kukuh, khususnya dalam sektor tenaga, menurut para pakar.

Sumber : CNA/IM/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.