Skip to main content

Dunia

PERANG TIMUR TENGAH: Trump umum Amerika akan hentikan bantuan tahunan S$4.9 bilion kepada Israel

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Washington akan menghentikan bantuan tahunan bernilai AS$3.8 bilion (S$4.9 bilion) kepada Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
PERANG TIMUR TENGAH: Trump umum Amerika akan hentikan bantuan tahunan S$4.9 bilion kepada Israel

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bercakap kepada media di sebelah Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ketika tiba untuk menghadiri pertemuan di kelab Mar-a-Lago, Palm Beach, Florida, pada Isnin (29 Dis 2025). (Gambar fail: REUTERS/Jonathan Ernst)

Diterbitkan : 04 Nov 2026 09:40AM
Middle East war: Trump announces US will end annual S$4.9 billion in aid to Israel
  • President Donald Trump announced on Nov 3 that annual US$3.8 billion in aid to Israel would be ended, following an agreement he said was reached several months ago with Prime Minister Benjamin Netanyahu.
  • Trump said Israel’s economy was strong and Netanyahu wanted to reduce dependence on the United States. The arms aid has no official end date, while Washington would still help if needed.
  • Opposition leader Gadi Eisenkot criticised Netanyahu for not informing the defence establishment about the strategic change, describing it as a threat to Israel’s security.
  • The announcement deepened political divisions in the United States as support for Israel came under scrutiny after the attacks in Gaza. Trump also linked it to criticism from candidate Abdul El-Sayed, as the United States was at war with Iran and launching new attacks.
Dijana oleh AI

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Washington akan menghentikan bantuan tahunan bernilai AS$3.8 bilion (S$4.9 bilion) kepada Israel.

Pengumuman itu dibuat pada Selasa (3 Nov), ketika rakyat Amerika mengundi dalam pilihan raya pertengahan penggal yang menyaksikan isu sokongan kepada Israel menjadi antara perkara yang dipertikaikan.

Dalam wawancara telefon dengan Fox News, Encik Trump berkata beliau sudah mencapai persetujuan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu beberapa bulan lalu untuk menghentikan bantuan tersebut.

Menurut Encik Trump, Encik Netanyahu menerima keputusan itu kerana Israel kini mempunyai ekonomi yang kukuh dan tidak lagi memerlukan bantuan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan Amerika Syarikat akan terus membantu Israel sekiranya diperlukan.

Di bawah perjanjian sedia ada, Israel menerima bantuan kewangan sekitar AS$3.8 bilion setahun bagi pembelian senjata.

Menurut Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), Israel sudah menerima bantuan ekonomi dan ketenteraan Amerika Syarikat bernilai lebih AS$300 bilion (S$384 bilion), selepas mengambil kira inflasi, sejak penubuhannya pada 1948.

Jumlah itu jauh mengatasi bantuan yang diterima mana-mana negara lain sepanjang tempoh berkenaan.

Encik Netanyahu sebelum ini menyuarakan hasrat untuk mengurangkan kebergantungan Israel kepada bantuan Amerika Syarikat.

Dalam wawancara dengan CBS pada Mei lalu, beliau berkata mahu mengurangkan bantuan tersebut sehingga sifar.

Bagaimanapun, masih belum jelas bila bantuan tahunan Amerika kepada Israel akan dihentikan secara rasmi.

PEMBANGKANG ISRAEL KRITIK NETANYAHU

Pengumuman Encik Trump mendapat kritikan daripada pemimpin pembangkang Israel, Gadi Eisenkot, yang menggesa supaya Encik Netanyahu digantikan.

Encik Eisenkot berkata perubahan besar dalam hubungan strategik Israel dengan Amerika Syarikat sepatutnya dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pertahanan negara itu.

Beliau menyifatkan tindakan Encik Netanyahu sebagai membahayakan kepentingan keselamatan Israel, memandangkan pihak pertahanan dan rakyat hanya mengetahui perkembangan itu menerusi laporan media.

ISU BANTUAN ISRAEL CETUS PERPECAHAN POLITIK AMERIKA

Pengumuman itu dibuat ketika sokongan Amerika kepada Israel semakin dipersoalkan susuli serangan tentera Israel di Carikan Gaza, yang dilancarkan selepas serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.

Tinjauan pendapat menunjukkan semakin ramai rakyat Amerika menyokong pengurangan bantuan kepada Israel.

Perdebatan tersebut turut mencetuskan perpecahan dalam kalangan anggota Parti Democrat dan Parti Republican.

Encik Trump turut mengaitkan keputusannya dengan kritikan calon Parti Democrat bagi kerusi Senat di Michigan, Abdul El-Sayed, yang lantang menentang bantuan Amerika kepada Israel.

Encik El-Sayed, yang mendapat sokongan dalam kalangan pengundi yang tidak berpuas hati dengan dasar Amerika terhadap Israel, menggesa supaya bantuan kepada negara itu dihentikan.

Sekiranya menang, beliau akan menjadi anggota beragama Islam pertama dalam Senat Amerika Syarikat.

Pertikaian mengenai sokongan kepada Israel turut mencetuskan perpecahan dalam Parti Democrat apabila anggota Kongres Haley Stevens menyokong calon Parti Republican, Mike Rogers, yang merupakan pesaing Encik El-Sayed.

Perkembangan itu berlaku ketika Amerika Syarikat masih terlibat dalam perang dengan Iran sejak 8 bulan lalu.

Encik Trump pada Selasa (3 Nov) turut mengesahkan tentera Amerika melancarkan serangan baharu terhadap Iran.

Sumber : AFP/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita