Skip to main content

Dunia

PERANG TIMUR TENGAH: Trump akui perang Iran & kegagalannya raih sokongan untuk calon lain jejas Parti Republican

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengakui perang dengan Iran menjejas prestasi Parti Republican dalam pilihan raya pertengahan penggal, yang menyaksikan partinya kehilangan penguasaan Kongres.

Anggaran Waktu Membaca:
PERANG TIMUR TENGAH: Trump akui perang Iran & kegagalannya raih sokongan untuk calon lain jejas Parti Republican

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berucap di Rumah Putih, Washington, pada Rabu (4 Nov 2026), ketika rasuk keluli terakhir dipasang bagi pembinaan dewan tari-menari baharu. (Gambar: REUTERS/Evan Vucci)

Diterbitkan : 05 Nov 2026 06:35AM
MIDDLE EAST WAR: Trump admits Iran war and his failure to rally support for other candidates hurt Republican Party
  • President Donald Trump acknowledged that the US war with Iran hurt the Republican Party’s performance in the midterm elections, but continued to defend it as a measure to prevent Iran from obtaining nuclear weapons.
  • After the Nov 3 elections, the Democratic Party won a landslide victory and took control of Congress from the Republicans.
  • Trump agreed with Vice-President JD Vance that the war contributed to the Republicans’ defeat, while rising petrol prices were also seen as prompting electors to support the Democrats.
  • Trump said he would not change his decision on the war and claimed the Republicans might have won if he had run, because support for him did not shift to the party’s other candidates.
Dijana oleh AI

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengakui perang dengan Iran menjejas prestasi Parti Republican dalam pilihan raya pertengahan penggal, yang menyaksikan partinya kehilangan penguasaan Kongres.

Bagaimanapun, beliau tetap mempertahankan keputusan melancarkan perang tersebut, sambil menegaskan tindakan itu perlu bagi menghalang Iran daripada memiliki senjata nuklear.

Bercakap kepada wartawan pada Rabu (4 Nov), Encik Trump berkata Amerika perlu mengambil tindakan terhadap Iran dan akan terus berbuat demikian.

Perang itu menyebabkan kenaikan mendadak harga minyak petrol, yang dilihat sebagai antara faktor utama mendorong pengundi memberikan sokongan kepada Parti Democrat dalam pilihan raya tersebut.

Encik Trump menegaskan bahawa tindakan ketenteraan terhadap Iran tetap berbaloi, meskipun memberi kesan kepada prestasi pilihan raya Parti Republican.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak akan mengubah sebarang keputusan yang dibuat berhubung perang tersebut.

VANCE AKUI PERANG IRAN PUNCA KEKALAHAN REPUBLICAN

Encik Trump turut berkata beliau bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden JD Vance yang dimuat naik di media sosial pada Rabu (4 Nov).

Encik Vance sebelum itu mengaitkan kekalahan besar Parti Republican dalam pilihan raya pertengahan penggal dengan perang Iran.

Bagaimanapun, Encik Trump tetap mempertahankan keputusan meneruskan tindakan ketenteraan Amerika terhadap Tehran, meskipun mengakui perang itu menjejas prestasi Parti Republican dalam pilihan raya.

TRUMP DAKWA SOKONGAN TERHADAPNYA GAGAL DITERJEMAH KEPADA CALON REPUBLICAN

Encik Trump sekali lagi mendakwa Parti Republican mungkin memenangi pilihan raya tersebut sekiranya beliau sendiri bertanding.

Beliau berkata sokongan kuat yang diterimanya dalam rapat pilihan raya gagal diterjemahkan kepada sokongan terhadap calon-calon Parti Republican.

Menurut Encik Trump, para penyokong menunjukkan sokongan luar biasa terhadapnya sepanjang kempen, namun semangat itu tidak berjaya dipindahkan kepada calon-calon lain.

Parti Democrat meraih kemenangan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal pada Selasa (3 Nov), sekali gus merampas penguasaan Kongres daripada Parti Republican.

Sumber : Reuters/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita