PERANG TIMUR TENGAH: Serangan baharu terhadap Iran mungkin tidak perlu jika rundingan menunjukkan kemajuan, kata Trump
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad (8 Nov) berkata beliau berkemungkinan besar tidak akan mengarahkan serangan baharu terhadap Iran selagi rundingan untuk menamatkan perang menunjukkan kemajuan, meskipun kedua-dua negara melaporkan bahawa kapal-kapal diserang di Selat Hormuz atau kawasan berhampirannya.
Orang ramai mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah tindakan ketenteraan terhadap Iran berhampiran Rumah Putih di Washington DC, pada 8 April 2026. (Gambar: REUTERS/Evelyn Hockstein)
- Donald Trump said on Sunday, 8 November, that the United States may not attack Iran again if talks produce a strong agreement, even though Washington has identified infrastructure targets.
- Tensions in the Strait of Hormuz and the Gulf of Oman continued as Iran reported that a ship had struck a sea mine, while the US military disabled a merchant vessel trying to pass through the blockade; the attacks threaten energy and commodity exports.
- In Riyadh, debris from an attempted attack damaged a Saudi Aramco administrative building but caused no injuries, as the Houthi-Saudi Arabia conflict also widened regional tensions.
- Qatar is mediating talks, including on Iran’s nuclear proposal, which Washington is reviewing; differences in demands remain, while the United States is adding pressure with a task force against arms smuggling to Iran.
- Donald Trump berkata pada Ahad, 8 November, Amerika Syarikat berkemungkinan tidak menyerang Iran semula jika rundingan menghasilkan perjanjian kukuh, walaupun Washington sudah mengenal pasti sasaran prasarana.
- Ketegangan di Selat Hormuz dan Teluk Oman berterusan apabila Iran melaporkan kapal terkena periuk api, sementara tentera Amerika Syarikat melumpuhkan kapal dagang yang cuba melepasi kepungan; serangan itu mengancam eksport tenaga dan komoditi.
- Di Riyadh, serpihan daripada cubaan serangan merosakkan bangunan pentadbiran Saudi Aramco tanpa menyebabkan kecederaan, ketika konflik Houthi-Arab Saudi turut meluaskan ketegangan serantau.
- Qatar menjadi perantara rundingan, termasuk usulan nuklear Iran yang sedang diteliti Washington; perbezaan tuntutan masih wujud, sementara Amerika Syarikat menambah tekanan dengan pasukan petugas ant penyeludupan senjata ke Iran.
WASHINGTON/KAHERAH: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad (8 Nov) berkata beliau berkemungkinan besar tidak akan mengarahkan serangan baharu terhadap Iran selagi rundingan untuk menamatkan perang menunjukkan kemajuan, meskipun kedua-dua negara melaporkan bahawa kapal-kapal diserang di Selat Hormuz atau kawasan berhampirannya.
"Ia bergantung kepada sama ada mereka menandatangani perjanjian yang benar-benar kukuh," kata Encik Trump kepada CNN dalam satu temu bual melalui telefon. "Jawapannya, kemungkinan besar ia tidak diperlukan."
CNN tidak menyatakan secara khusus soalan yang diajukan kepada Encik Trump.
Presiden tersebut turut dilaporkan sebagai berkata bahawa sekiranya serangan disambung semula, Amerika Syarikat sudah mengenal pasti beberapa sasaran prasarana yang berpotensi diserang, termasuk 38 jambatan "yang boleh kami musnahkan dalam tempoh hanya sejam".
Encik Trump sebelum ini membayangkan kemungkinan melancarkan semula serangan besar-besaran terhadap Iran selepas pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat minggu lalu. Namun, setakat ini tiada tanda operasi ketenteraan berskala besar dilancarkan oleh Amerika Syarikat. Iran pula menyatakan bahawa pihaknya akan bertindak balas dengan menyerang sasaran-sasaran Amerika Syarikat dan Israel.
Sementara itu, media Iran membayangkan bahawa letupan yang berlaku di selatan Iran pada Sabtu berkait dengan kegiatan ketenteraan Iran sendiri, bukannya serangan Amerika Syarikat.
Televisyen pemerintah Iran melaporkan, para pegawai belum mengesahkan sebarang serangan peluru berpandu di wilayah Iran menyusuli letupan yang kedengaran di beberapa kawasan, termasuk Pulau Qeshm di Selat Hormuz.
Bagaimanapun, Amerika Syarikat dan Iran terus melancarkan serangan terhadap kapal-kapal di Selat Hormuz, sekali gus menyekat eksport tenaga dan komoditi lain yang penting kepada ekonomi dunia.
Menurut televisyen pemerintah Iran, letupan pada sebelah malam itu mungkin terkait dengan kegiatan ketenteraan Iran di laluan perairan tersebut. Iran melaporkan bahawa dua kapal terkena periuk api, manakala sebuah lagi terbakar.
Amerika Syarikat pula menyatakan bahawa tentera udaranya melumpuhkan sebuah kapal di Teluk Oman, di luar Selat Hormuz.
Agensi berita Tasnim melaporkan, dua peluru berpandu mengena Pulau Qeshm, namun tiada maklumat rasmi dikeluarkan mengenai kerosakan yang mungkin berlaku.
Iran mahupun Amerika Syarikat belum mengulas mengenai laporan tersebut.
Washington menyatakan pada 2 November bahawa pihaknya sebelum ini menyerang pulau tersebut sebagai langkah pertahanan terhadnya terhadap tentera Iran yang menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menyerang aset Amerika Syarikat.
KAPAL DAGANG, KAPAL TANGKI MINYAK DISERANG
Sejak Amerika Syarikat dan Israel mula melancarkan serangan terhadap Iran pada Februari, Tehran berusaha mendapatkan kelebihan dengan menyerang kapal-kapal di Selat Hormuz bagi menyekat eksport tenaga dari rantau Teluk.
Sementara itu, tentera Amerika Syarikat pula mengenakan kepungan terhadap pergerakan keluar masuk kapal dari pelabuhan Iran pada April.
Tentera Amerika Syarikat menyatakan pada petang Sabtu bahawa tentera udaranya melepaskan tembakan ke arah bahagian belakang sebuah kapal dagang di Teluk Oman, sekali gus melumpuhkan kapal tersebut ketika ia cuba untuk melepasi kepungan yang dilaksanakan.
Angkatan Laut Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) menyatakan, dua kapal tangki minyak terbakar selepas terkena periuk api ketika cuba melalui "laluan yang tidak dibenarkan" di Selat Hormuz.
Agensi berita separa rasmi Fars kemudian melaporkan bahawa sebuah lagi kapal tangki turut mengalami letupan sebelum terbakar.
Reuters tidak dapat mengesahkan sebarang serangan yang dilaporkan itu.
Pemantau daripada United Kingdom Maritime Trade Operations (UKMTO) melaporkan bahawa sebuah kapal pengangkut kargo pukal dan pasukan tentera terlibat dalam satu kejadian di Teluk Oman, kira-kira 18 batu nautika di timur bandar Khor Fakkan, Amiriah Arab Bersatu (UAE).
Tahap kerosakan masih belum diketahui. Tidak jelas sama ada kejadian tersebut berkaitan dengan serangan Amerika Syarikat yang dilaporkan.
BANGUNAN SYARIKAT MINYAK MILIK ARAB SAUDI ROSAK
Konflik antara kumpulan Houthi di Yaman yang bersekutu dengan Iran dan Arab Saudi semakin memuncak bulan ini, sekali gus meluaskan lagi perang di Timur Tengah.
Pada Ahad, Kementerian Tenaga Arab Saudi menyatakan bahawa sebuah bangunan pentadbiran milik syarikat minyak negara, Saudi Aramco, di Riyadh mengalami kerosakan akibat serpihan yang jatuh menyusuli satu cubaan serangan yang dijalankan.
Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.
Qatar, yang menjadi perantara dalam rundingan untuk menamatkan perang yang menggugat ekonomi dunia, pada Sabtu menafikan laporan bahawa Amerika Syarikat dan Iran gagal mencapai persetujuan.
Menurut Qatar, Perdana Menterinya sebelum ini mengesahkan bahawa kedua-dua pihak masih berusaha untuk mencapai perjanjian.
Seorang pegawai kanan Iran memberitahu Reuters pada Khamis bahawa Tehran sudah mengemukakan usulan nuklear kepada Washington melalui Qatar.
Menurut pegawai berkenaan, Amerika Syarikat sedang meneliti usulan tersebut, namun perbincangan bergantung kepada kesediaan Washington untuk terlebih dahulu memenuhi tujuh tuntutan Tehran.
Tuntutan itu termasuk pelonggaran sekatan, akses kepada aset yang dibekukan dan pampasan perang. Washington pula menegaskan bahawa isu nuklear mesti dibincangkan dalam rundingan awal.
Pada Sabtu, tentera Amerika Syarikat menyatakan bahawa pihaknya sedang menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi membanteras penghantaran senjata canggih dan bahan lain yang dikenakan sekatan ke Iran melalui sempadan darat serta Laut Kaspia.
Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha ekonomi yang diambil Amerika Syarikat untuk meningkatkan tekanan terhadap Tehran.
IRGC menolak rancangan tersebut sebagai satu "permainan kata-kata".
Menurutnya, rancangan itu tidak akan berhasil kerana Tehran sudah membuat persiapan dan menjalin komunikasi rapat dengan negara-negara jirannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.