PERANG TIMUR TENGAH: Pakatan pimpinan Arab Saudi pintas dron Houthi; ketiga dalam tempoh sehari
Penduduk berjalan di atas runtuhan rumah mereka di daerah Seina, Taiz, Yaman, menyusuli serangan peluru berpandu. (Gambar fail: AFP)
- On Tuesday, Nov 3, the Saudi-led coalition announced it had intercepted and destroyed a drone believed to have been launched by the Houthis towards southern Saudi Arabia.
- Coalition spokesman Turki al-Maliki made the announcement; it was the third interception that day, after two drones were destroyed in the Eastern Province and Makkah.
- However, Houthi spokesman Yahya Saree denied that his group had carried out an operation against Saudi Arabia or targeted Makkah on Tuesday.
- The incident came amid escalating hostilities; a day earlier, the coalition had also intercepted a ballistic missile and two drones from Yemen, in a conflict that began after the Houthis seized Sanaa in 2014.
- Pada Selasa, 3 November, pakatan diketuai Arab Saudi mengumumkan pemintasan dan pemusnahan sebuah dron yang dipercayai dilancarkan Houthi ke arah selatan Arab Saudi.
- Jurucakap pakatan Turki al-Maliki menyampaikan pengumuman itu; ia merupakan pemintasan ketiga pada hari tersebut selepas dua dron dimusnahkan di Wilayah Timur dan Makkah.
- Namun, jurucakap Houthi Yahya Saree menafikan kumpulannya melancarkan operasi terhadap Arab Saudi atau menyasarkan Makkah pada Selasa.
- Insiden berlaku ketika permusuhan semakin memuncak; sehari sebelumnya pakatan turut memintas peluru berpandu balistik dan dua dron dari Yaman, dalam konflik yang bermula selepas Houthi menawan Sanaa pada 2014.
ISTANBUL: Pakatan diketuai Arab Saudi pada Selasa (3 Nov) memaklumkan bahawa pihaknya berjaya memintas dan memusnahkan sebuah dron yang dipercayai dilancarkan oleh kumpulan Houthi ke arah selatan Arab Saudi, lapor Anadolu Ajansi.
Jurucakap pakatan itu Turki al-Maliki mengumumkan kejayaan memintas dron berkenaan menerusi satu kenyataan.
Kejadian itu merupakan pemintasan dron ketiga yang dilaporkan oleh pakatan berkenaan pada hari sama, selepas dua pengumuman berasingan mengenai pemusnahan dron di Wilayah Timur Arab Saudi dan wilayah Makkah.
Jurucakap Houthi, Yahya Saree menafikan kumpulan itu melancarkan sebarang operasi ketenteraan terhadap wilayah Arab Saudi atau menyasarkan wilayah Makkah pada Selasa.
Pada Isnin, pakatan itu memaklumkan bahawa pihaknya memintas dan memusnahkan sebuah peluru berpandu balistik serta dua dron yang dilancarkan kumpulan Houthi dari Yaman ke arah wilayah Arab Saudi.
Pemintasan itu berlaku ketika permusuhan antara kumpulan Houthi dengan pakatan diketuai Arab Saudi yang menyokong pemerintah Yaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa semakin memuncak.
Arab Saudi mengetuai pakatan ketenteraan menentang Houthi sejak Mac 2015 selepas kumpulan itu menawan ibu negara Yaman, Sanaa serta beberapa kawasan lain di negara tersebut pada 2014.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.