PERANG TIMUR TENGAH: Korea Selatan akan kerah aset tentera laut bantu pastikan Selat Hormuz kekal terbuka
Korea Selatan akan mengerahkan pesawat rondaan maritim dan pasukan pemusnah bahan letupan ke perairan berhampiran Selat Hormuz bagi membantu memastikan laluan perkapalan penting itu kekal terbuka.
Kapal-kapal dilihat di Selat Hormuz dari Musandam, Oman, pada 3 November 2026. (Gambar fail: REUTERS)
- South Korea’s Ministry of National Defense confirmed on Nov 5 a plan to expand the Cheonghae unit’s operations, which currently protect merchant ships in the Gulf of Aden, to waters near the Strait of Hormuz.
- The proposed mission would use destroyers, P-8 patrol aircraft, explosive ordnance disposal teams and unmanned vehicles to help keep shipping lanes open.
- Seoul wants to protect its people, economic interests and energy supplies as the US-Iran war disrupts shipping, but stressed that its forces would carry out only non-combat duties in international waters south of Oman.
- The operation would be conducted independently of allied forces, without monitoring Iranian territory or the Strait of Hormuz, and would require Parliament’s approval; President Lee Jae Myung had earlier rejected direct involvement, while Tehran warned against the deployment.
- Kementerian Pertahanan Korea Selatan mengesahkan pada 5 November rancangan memperluas operasi unit Cheonghae, yang kini melindungi kapal dagang di Teluk Aden, ke perairan berhampiran Selat Hormuz.
- Misi itu dicadangkan menggunakan kapal pemusnah, pesawat rondaan P-8, pasukan pemusnah bahan letupan dan kenderaan tanpa pemandu untuk membantu memastikan laluan perkapalan kekal terbuka.
- Seoul mahu menjaga rakyat, kepentingan ekonomi dan bekalan tenaga ketika perang Amerika Syarikat-Iran mengganggu pelayaran, tetapi menegaskan pasukan hanya menjalankan tugas bukan tempur di perairan terbuka selatan Oman.
- Operasi akan dijalankan secara bebas daripada tentera sekutu, tanpa memantau wilayah Iran atau Selat Hormuz, dan memerlukan kelulusan Parlimen; Presiden Lee Jae Myung sebelum ini menolak penglibatan langsung, manakala Tehran memberi amaran terhadap pengerahan itu.
SEOUL: Korea Selatan akan mengerahkan pesawat rondaan maritim dan pasukan pemusnah bahan letupan ke perairan berhampiran Selat Hormuz bagi membantu memastikan laluan perkapalan penting itu kekal terbuka.
Kementerian Pertahanan Korea Selatan pada Khamis (5 Nov) mengesahkan rancangan untuk memperluaskan kawasan operasi unit tentera laut antipelanunan Cheonghae, yang kini melindungi kapal perdagangan di Teluk Aden, berhampiran Somalia.
Langkah itu diambil sedang Seoul berusaha melindungi kepentingan ekonomi dan bekalan tenaganya, tanpa terlibat secara langsung dalam perang antara Amerika Syarikat dengan Iran.
Perang yang bermula pada 28 Februari lalu telah menjejas kegiatan perkapalan di Selat Hormuz, yang lazimnya menjadi laluan bagi sekitar satu perlima bekalan minyak dunia.
Menurut laporan agensi berita Yonhap, misi tersebut akan melibatkan sebuah kapal pemusnah, pesawat rondaan maritim P-8, pasukan pemusnah bahan letupan serta beberapa jenis kenderaan tanpa pemandu.
Ini termasuk kapal permukaan tanpa pemandu, kenderaan bawah air tanpa pemandu dan peralatan kawalan jauh bagi menjalankan operasi penerokaan bawah air.
Pelanjutan penugasan unit Cheonghae, yang kini mendapat kebenaran untuk beroperasi sehingga akhir tahun ini, memerlukan kelulusan Parlimen Korea Selatan.
MISI TIDAK LIBATKAN OPERASI TEMPUR
Seorang pegawai Kementerian Pertahanan Korea Selatan menegaskan bahawa peluasan misi Cheonghae bertujuan melindungi rakyat negara itu serta kepentingan ekonominya.
Beliau berkata operasi tersebut hanya melibatkan tugas bukan tempur dan akan dijalankan secara bebas daripada pasukan tentera negara sekutu.
Menurutnya, operasi unit itu akan dihadkan kepada perairan terbuka di selatan Oman.
Pesawat rondaan maritim yang dikerahkan juga tidak dibenarkan menyasarkan atau memantau wilayah Iran, perairan wilayahnya mahupun kawasan di dalam Selat Hormuz.
Pada September lalu, Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung menegaskan bahawa negaranya tidak akan mengerahkan tentera dengan cara yang boleh menyebabkan penglibatan secara langsung dalam perang Iran.
Beliau berkata Seoul akan terus berpegang pada prinsip tidak terlibat dan tidak campur tangan dalam konflik tersebut.
Sementara itu, Tehran sebelum ini memberi amaran kepada Korea Selatan agar tidak meneruskan sebarang pengerahan tentera ke kawasan berkenaan, selepas Seoul menyatakan sedang mempertimbangkan sumbangan kepada usaha menjaga keselamatan laluan perkapalan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.