PERANG TIMUR TENGAH: Israel bunuh 4 penduduk Palestin di Gaza; anak pemimpin Hamas terselamat daripada serangan
Seorang anak lelaki pemimpin Hamas Khalil al-Hayya terselamat daripada serangan udara Israel yang menyasarkan keluarganya di Gaza, menurut kumpulan Palestin itu.
Rakan-rakan dan anggota keluarga meratapi jenazah seorang penduduk Palestin yang terkorban dalam serangan udara Israel di Gaza City pada 26 November 2026. (Gambar: AFP)
- On Friday, 27 November, an Israeli airstrike in Gaza targeted the family of Hamas leader Khalil al-Hayya. His son, Izzeldeen, and the family survived, but several relatives were injured, Hamas said.
- Other attacks killed four Palestinians in northern and southern Gaza, while a child was injured by gunfire in Khan Younis, despite the October 2025 ceasefire remaining in effect.
- Hamas linked the attack on al-Hayya’s family to Israeli threats and accused Israel of undermining the ceasefire. Israel, in turn, alleged that Hamas was using Al-Ahli Baptist Hospital for military activities, a claim rejected by Hamas and not known to church officials.
- Gaza’s Ministry of Health said violations since the ceasefire had killed at least 1,705 people and injured 6,163, while the death toll since the war began in October 2023 had reached at least 74,772.
- Pada Jumaat, 27 November, serangan udara Israel di Gaza menyasarkan keluarga pemimpin Hamas Khalil al-Hayya; anaknya Izzeldeen dan keluarga terselamat, tetapi beberapa saudara cedera, menurut Hamas.
- Serangan lain membunuh empat penduduk Palestin di utara dan selatan Gaza, manakala seorang kanak-kanak cedera akibat tembakan di Khan Younis, meskipun gencatan senjata Oktober 2025 masih berkuat kuasa.
- Hamas mengaitkan serangan terhadap keluarga al-Hayya dengan ancaman Israel dan menuduh Israel menggugat gencatan senjata; Israel pula mendakwa Hamas menggunakan Hospital Baptist Al-Ahli untuk kegiatan ketenteraan, dakwaan yang ditolak Hamas dan tidak diketahui pihak gereja.
- Kementerian Kesihatan Gaza menyatakan pelanggaran sejak gencatan senjata membunuh sekurang-kurangnya 1,705 orang dan mencederakan 6,163, sementara jumlah korban sejak perang bermula pada Oktober 2023 mencecah sekurang-kurangnya 74,772.
GAZA: Seorang anak lelaki pemimpin Hamas Khalil al-Hayya terselamat daripada serangan udara Israel yang menyasarkan keluarganya di Gaza, menurut kumpulan Palestin itu.
Serangan udara itu dilancarkan pada Jumaat (27 Nov). Pada masa yang sama, empat penduduk Palestin turut terbunuh dalam serangan Israel di kawasan lain di Carikan Gaza.
Serangan-serangan tersebut berterusan meskipun perjanjian "gencatan senjata" dimeterai lebih setahun lalu.
Encik Izzeldeen al-Hayya, 29 tahun, dan keluarganya terselamat daripada serangan Israel yang dilancarkan pada waktu subuh, kata pegawai Hamas Basem Naim. Sumber-sumber Hamas memberitahu Reuters bahawa beberapa anggota keluarganya mengalami kecederaan, termasuk menantu perempuan pemimpin Hamas tersebut.
Keluarga Azzam, seorang lagi anak lelaki Encik Khalil al-Hayya yang sudah terbunuh, turut terselamat.
Encik Naim menyifatkan Encik Izzeldeen sebagai satu-satunya anak lelaki pemimpin Hamas tersebut yang masih hidup. Empat saudara lelakinya terbunuh di tangan tentera Israel: Hamza pada 2008, Osama pada 2014, Humam pada September 2025 dan Azzam pada Mei 2026.
Encik Izzeldeen merupakan saudara kembar Encik Humam, yang terbunuh dalam serangan Israel terhadap para pemimpin Hamas di Qatar pada 2025. Encik Khalil al-Hayya nyaris terbunuh dalam serangan tersebut ketika rundingan sedang berlangsung. Beliau dilantik sebagai pemimpin Hamas pada Julai.
Hamas mengecam serangan pada Jumaat itu, sambil menyifatkannya sebagai percubaan untuk "membunuh" anak lelaki Encik al-Hayya dan menyasarkan keluarganya.
Kumpulan itu mengaitkan serangan tersebut dengan ancaman yang dibuat oleh Menteri Pertahanan Israel Israel Katz terhadap pemimpinnya, selain menuduh Israel cuba menggugat perjanjian "gencatan senjata" Oktober 2025. Hamas menyatakan, "tindakan pengecut" tersebut menunjukkan para pemimpin Israel "sama sekali tidak berpegang pada nilai-nilai kemanusiaan dan moral".
ISRAEL TERUS LANCARKAN SERANGAN DI GAZA
Serangan maut Israel turut berterusan di kawasan-kawasan lain di Gaza pada Jumaat.
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala beberapa yang lain cedera dalam serangan dron terhadap sebuah kenderaan di utara Gaza, menurut agensi berita Palestin Wafa.
Wafa mengenal pasti mangsa sebagai Khaled Assaf dan memetik para saksi sebagai berkata bahawa sebuah kenderaan diserang di kawasan Bir al-Naaja, di barat kem pelarian Jabalia.
Di bandar Rafah di selatan Gaza, pasukan Pertahanan Awam menemui mayat tiga penduduk Palestin dan menyelamatkan dua individu yang cedera menyusuli serangan berhampiran Masjid Muawiya di Jalan al-Bahr, lapor Wafa.
Tembakan tentera Israel turut mencederakan seorang kanak-kanak Palestin di kawasan al-Mawasi di Khan Younis, selatan Gaza.
Sumber-sumber perubatan dan para saksi memberitahu Wafa bahawa tentera Israel berulang kali melepaskan tembakan ke arah khemah-khemah yang menempatkan penduduk yang terpaksa berpindah di kawasan tersebut. Tembakan tersebut dilepaskan dari kedudukan tentera Israel berhampiran "Garisan Kuning" di sebelah timur.
Serangan pada Jumaat itu menyusuli beberapa serangan Israel pada Khamis yang meragut nyawa 10 penduduk Palestin, termasuk seorang pegawai kanan pendidikan.
ISRAEL DITUDUH "HASUT HOSPITAL"
Pada Jumaat, Hamas turut menyifatkan kenyataan tentera Israel bahawa kumpulan tersebut menggunakan salah sebuah bangunan di Hospital Baptist Al-Ahli di Gaza City sebagai pusat soal siasat sebagai "tidak masuk akal".
Tentera Israel dan agensi keselamatan Shin Bet membuat tuduhan tersebut pada Khamis, dengan menyatakan bahawa Hamas menjalankan kegiatan ketenteraan di dalam kompleks hospital berkenaan.
Tuduhan Israel itu "merupakan sebahagian daripada kempen hasutan yang berterusan terhadap hospital-hospital di Carikan Gaza", menurut Hamas dalam satu kenyataan.
Hospital merupakan "tempat awam yang terbuka kepada semua institusi awam dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang beroperasi di wilayah tersebut", menurut Hamas. Kumpulan tersebut menambah, Israel tidak pernah mengemukakan bukti untuk menyokong sebarang tuduhannya.
Pihak berkuasa Gereja Episkopal di Baitulmakdis, yang menyelia hospital tersebut, menyatakan pihaknya tidak mengetahui tentang kewujudan sebarang pusat soal siasat rahsia di premis berkenaan.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, pelanggaran Israel terhadap "gencatan senjata" Oktober 2025 sejak ia berkuat kuasa membunuh sekurang-kurangnya 1,705 penduduk Palestin dan mencederakan 6,163 yang lain. Israel membunuh sekurang-kurangnya 74,772 penduduk Palestin di Gaza sejak perang genosid tersebut bermula pada Oktober 2023.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.