PERANG TIMUR TENGAH: Iran siap siaga hadapi kemungkinan Amerika guna 'ibu segala bom'
Petikan skrin daripada rakaman video menunjukkan Menteri Pertahanan baharu Iran, Mehrdad Akhlaqi, bercakap di Tehran. (Gambar: IRINN melalui Reuters TV melalui REUTERS)
- Iran’s Parliament approved Mehrdad Akhlaqi Ketabchi as Minister for Defence on Sunday, 18 October, in a video session; he received 237 votes in favour and 15 against.
- He replaced Aziz Nasirzadeh, who was killed in US and Israeli attacks on 28 February, after Majid Ebn al-Reza served as acting minister.
- Akhlaqi said Iran was ready for the possibility of an attack using a GBU-43/B bomb and warned US President Donald Trump of the risks to American troops in the region.
- His priorities include expanding production through Iran’s industries, increasing research and aligning the ministry’s structure with the threats; he previously led the aerospace industry and was sanctioned by the United States.
- Parlimen Iran meluluskan Mehrdad Akhlaqi Ketabchi sebagai Menteri Pertahanan pada Ahad, 18 Oktober, melalui sidang video; beliau memperoleh 237 undi menyokong dan 15 menentang.
- Beliau menggantikan Aziz Nasirzadeh, yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat dan Israel pada 28 Februari, selepas Majid Ebn al-Reza menjalankan tugas sebagai pemangku menteri.
- Akhlaqi berkata Iran bersedia menghadapi kemungkinan serangan menggunakan bom GBU-43/B dan memberi amaran kepada Presiden Donald Trump tentang risiko terhadap tentera Amerika di rantau itu.
- Keutamaannya termasuk memperluas pengeluaran melalui industri Iran, meningkatkan penyelidikan dan menyelaraskan struktur kementerian dengan ancaman; beliau pernah mengetuai industri aeroangkasa dan dikenakan sekatan Amerika Syarikat.
Encik Akhlaqi memperolehi 237 undi menyokong serta 15 undi menentang, tanpa sebarang undi berkecuali, daripada keseluruhan 277 undian pada persidangan Parlimen yang diadakan menerusi sidang video.
Ahli Parlimen Iran mengundi selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak yang menyokong dan menentang pelantikan Encik Akhlaqi, serta meneliti perancangannya untuk Kementerian Pertahanan.
Encik Akhlaqi menggantikan Encik Aziz Nasirzadeh yang terkorban dalam serangan awal Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari lalu.
Sebelum ini, Encik Majid Ebn al-Reza berkhidmat sebagai pemangku Menteri Pertahanan menyusuli kematian Encik Nasirzadeh.
Dalam kenyataan pertamanya selepas mendapat kelulusan Parlimen, Encik Akhlaqi berkata, Iran sudah mengambil langkah untuk menghadapi kemungkinan Amerika Syarikat menggunakan bom GBU-43/B Massive Ordnance Air Blast, yang dikenali sebagai 'Mother of All Bombs' (Ibu Segala Bom) terhadap negara itu.
"Kami telah mengambil langkah yang perlu untuk menghadapi tindakan sedemikian, dan terus melaksanakan usaha kami dengan penuh keyakinan," katanya kepada pemberita.
Encik Akhlaqi turut memberi amaran bahawa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sepatutnya bimbang mengenai usaha membawa keluar tentera Amerika dari rantau itu dengan selamat.
"Jika beliau menggugurkan sebutir bom, beliau perlu melihat berapa ramai anggota tenteranya yang terpaksa dibawa keluar dari rantau ini dalam keadaan terbaring," katanya, yang dipercayai merujuk kepada kemungkinan korban dalam kalangan tentera Amerika Syarikat.
Beliau berkata, antara keutamaannya ialah memperluaskan pengeluaran pertahanan melalui rangkaian industri Iran, mempertingkat penyelidikan, dan menyesuaikan struktur Kementerian Pertahanan dengan ancaman keselamatan semasa.
Encik Akhlaqi adalah seorang pegawai kanan yang telah lama berkhidmat di Kementerian Pertahanan.
Sebelum ini, beliau mengetuai Pertubuhan Industri Aeroangkasa Iran, selain dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat berhubung pembabitannya dalam aktiviti berkaitan peluru berpandu Iran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.