PERANG TIMUR TENGAH: Harga minyak susut sedang pelabur tunggu keputusan pilihan raya Amerika
Harga minyak dunia susut dalam dagangan awal Rabu (4 Nov), sedang pelabur menunggu keputusan pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat dan kemungkinan kesannya terhadap rundingan damai di Timur Tengah.
Kapal-kapal dilihat di Selat Hormuz dari Musandam, Oman, pada Jumaat (2 Okt 2026). (Gambar fail: REUTERS/Stringer)
- Oil prices fell early on Wednesday, Nov 4, with Brent down to US$103.34 a barrel and WTI to US$95.56, as investors awaited the results of the US midterm elections and assessed their impact on peace talks.
- Markets were monitoring US-Israeli talks with Iran; Qatar stepped up its mediation, but an Iranian official said an agreement remained a long way off.
- The US attacked missile targets on Qeshm Island, but its officials described the action as limited, and Trump said there were no immediate plans for further attacks.
- The API reported that US crude oil inventories fell by 5.27 million barrels in the week ended Oct 30, while petrol stocks rose; tight diesel supplies supported prices, and official EIA data was scheduled for Wednesday night.
- Harga minyak susut pada awal Rabu, 4 November: Brent turun kepada AS$103.34 setong dan WTI kepada AS$95.56, ketika pelabur menunggu keputusan pilihan raya pertengahan penggal Amerika serta menilai kesannya terhadap rundingan damai.
- Pasaran memerhatikan rundingan Amerika-Israel dengan Iran; Qatar mempergiat pengantaraan, tetapi seorang pegawai Iran berkata persetujuan masih jauh.
- Amerika menyerang sasaran peluru berpandu di Pulau Qeshm, namun pegawainya menyifatkannya sebagai tindakan terhad dan Trump berkata tiada rancangan segera untuk serangan lanjut.
- API melaporkan stok minyak mentah Amerika merosot 5.27 juta tong bagi minggu berakhir 30 Oktober, sedangkan petrol meningkat; bekalan diesel yang terhad menyokong harga, dan data rasmi EIA dijadual malam Rabu.
BEIJING: Harga minyak dunia susut dalam dagangan awal Rabu (4 Nov), sedang pelabur menunggu keputusan pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat dan kemungkinan kesannya terhadap rundingan damai di Timur Tengah.
Penurunan itu berlaku meskipun data industri menunjukkan stok minyak mentah Amerika Syarikat merosot secara tidak dijangka minggu lalu.
Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 26 sen Amerika, atau 0.25%, kepada AS$103.34 (S$132.42) setong setakat pukul 9.57 pagi waktu Singapura.
Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat pula turun 53 sen Amerika, atau 0.55%, kepada AS$95.56 (S$122.45) setong.
Pada sesi sebelumnya, harga Brent merosot lebih 1% kepada paras terendah dalam hampir 4 minggu, sedang para pedagang menilai perkembangan rundingan untuk menamatkan perang di Ukraine dan Iran.
Pengiraan undi sedang dijalankan dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat, yang akan menentukan sama ada Parti Republican pimpinan Presiden Donald Trump dapat mengekalkan penguasaan Kongres sepanjang baki penggal kedua beliau.
RUNDINGAN DAMAI IRAN JADI TUMPUAN
Pasaran minyak turut memantau sebarang kemajuan dalam rundingan untuk menamatkan perang antara Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran.
Qatar sedang mempergiat usaha pengantaraan bagi mengelakkan serangan kembali memuncak selepas pilihan raya pertengahan penggal Amerika.
Seorang pegawai kanan Iran memberitahu Reuters pada Selasa (3 Nov) bahawa Tehran dan Washington masih jauh daripada mencapai persetujuan untuk menamatkan perang.
Dalam perkembangan berkaitan, Amerika melancarkan serangan yang disifatkannya sebagai langkah pertahanan terhadap Pulau Qeshm di Iran.
Seorang pegawai Amerika berkata serangan itu menyasarkan peluru berpandu darat ke udara yang digunakan terhadap aset ketenteraan Amerika.
Seorang lagi pegawai menyatakan serangan tersebut kelihatan terhad dan tidak menandakan operasi pertempuran besar-besaran disambung semula.
Bagaimanapun, Encik Trump memberitahu Financial Times pada Selasa bahawa Amerika tidak mempunyai rancangan segera untuk melancarkan serangan terhadap Iran.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Washington sedang memperoleh perkara yang dikehendakinya.
STOK MINYAK MENTAH AMERIKA MEROSOT
Sementara itu, stok minyak mentah Amerika Syarikat merosot sebanyak 5.27 juta tong bagi minggu berakhir 30 Oktober.
Perangkaan daripada Institut Petroleum Amerika (API) itu diperoleh Reuters menerusi sumber pasaran pada Rabu (4 Nov).
Penurunan tersebut bertentangan dengan jangkaan 8 penganalisis yang ditinjau Reuters, yang secara purata meramalkan peningkatan stok sekitar 880,000 tong.
Stok petrol pula meningkat sebanyak 1.43 juta tong, manakala stok bahan api sulingan, termasuk diesel, merosot sebanyak 1.19 juta tong berbanding minggu sebelumnya.
Firma Haitong Futures menyatakan bekalan diesel masih terhad, sedangkan stok petrol meningkat lebih tinggi daripada jangkaan.
Menurut firma itu, data berkenaan secara keseluruhan menyokong harga minyak.
Data rasmi daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA) dijadual dikeluarkan pada Rabu, pukul 11.30 malam waktu Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.