Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perang saudara salah satu kebimbangan di Afghanistan, menurut AS

Amerika Syarikat menyatakan pada Selasa (3 Ogos) salah satu daripada pelbagai kebimbangan mengenai Afghanistan adalah negara itu boleh terjerumus ke dalam perang saudara.

Anggaran Waktu Membaca:
Perang saudara salah satu kebimbangan di Afghanistan, menurut AS

(Gambar: AFP/JAVED TANVEER)

Diterbitkan : 04 Aug 2021 10:06AM Dikemas Kini : 04 Aug 2021 10:09AM

WASHINGTON: Amerika Syarikat menyatakan pada Selasa (3 Ogos) salah satu daripada pelbagai kebimbangan mengenai Afghanistan adalah negara itu boleh terjerumus ke dalam perang saudara.

Sejak Amerika Syarikat mengumumkan rancangan pada April untuk mengundurkan tenteranya tanpa syarat pada 11 September setelah konflik hampir 20 tahun, keganasan meningkat di seluruh Afghanistan sedang Taliban cuba menguasai lebih banyak wilayah.

Rundingan damai antara pemerintah Afghanistan dengan perunding Taliban dimulakan tahun lalu di Doha, ibu kota Qatar, namun belum mencapai sebarang kemajuan ketara. Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat Ned Price berkata Taliban mengetahui "manfaat huraian yang dirundingkan, mereka sedang berunding di Doha".

"Jika mereka cuba melanggar apa yang mereka sendiri katakan, maka mereka akan disingkirkan di peringkat dunia ...dan kebimbangan bagi pihak kita, antara banyak kebimbangan lain, adalah akan berlakunya perang saudara," kata Encik Price kepada para wartawan.

Terdapat jurang besar antara Taliban dengan pemerintah Afghanistan dalam rundingan di Doha, dengan pemberontak menuntut "sebahagian besar kuasa" dalam sebarang pemerintah baru, kata utusan khas AS Zalmay Khalilzad awal Selasa.

Letupan bom kereta yang disusuli dengan tembakan sekali-sekala menggegarkan Kabul - iaitu ibu negara Afghanistan - pada Selasa berhampiran "Zon Hijau" yang dilindung ketat. Ini menyebabkan kematian tiga orang awam dan tiga penyerang, menurut pegawai keselamatan.

"Ia menunjukkan ciri serangan Taliban yang sudah kita saksikan sejak beberapa minggu kebelakangan ini," kata Encik Price. "Kami mengutuk keras pengeboman itu."

Dalam satu kenyataan pada Selasa yang mengecam serangan ke atas PBB di Afghanistan minggu lalu, Majlis Keselamatan PBB juga "menyuarakan keprihatinan mendalam mereka tentang tahap keganasan yang tinggi di Afghanistan ekoran serangan tentera Taliban dan menyeru agar keganasan segera diredakan" .

Majlis itu menggesa Taliban dan pemerintah Afghanistan untuk "berunding secara bermakna dalam proses perdamaian yang inklusif, yang dipimpin Afghanistan dan dimiliki Afghanistan". 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan