Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perang Israel-Hamas mesti dihentikan segera, kata Kamala Harris dalam debat calon presiden

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Israel-Hamas mesti dihentikan segera, kata Kamala Harris dalam debat calon presiden

Calon Presiden Democrat, Kamala Harris, di perbahasan pada 10 Sep 2024. (Gambar: Saul Loeb/AFP)

PHILADELPHIA: Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari parti Democrat, Kamala Harris, menegaskan bahawa perang antara Israel dan Hamas yang telah meragut ribuan nyawa perlu dihentikan segera.

Cik Harris, yang juga Naib Presiden AS berkata, penyelesaian dua negara adalah jalan terbaik untuk mengakhiri konflik yang telah meragut ribuan nyawa rakyat Palestin.

“Apa yang kita tahu ialah perang ini mesti berakhir. Ia mesti berakhir serta-merta. Dan cara ia akan berakhir ialah kita memerlukan perjanjian gencatan senjata, dan kita perlu membebaskan tebusan.

“Oleh itu, kami akan terus bekerja siang malam untuk itu. Bekerja siang malam juga dengan memahami bahawa kita mesti merangka penyelesaian dua negara,” katanya dalam debat presiden AS pada Selasa malam (pagi Rabu waktu Singapura).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai konflik yang berlaku di Gaza.

Cik Harris turut menyeru Israel supaya mengambil langkah lebih berhati-hati dalam melindungi orang awam yang tidak bersalah, sambil tetap mempertahankan haknya untuk melindungi diri.

Beliau berkata undang-undang kemanusiaan antarabangsa harus dihormati, kerana terlalu ramai rakyat Palestin yang tidak bersalah telah terkorban, dengan anggaran kematian mencecah 40,000 orang.

Selain itu, beliau menekankan pentingnya keselamatan penduduk Israel, terutamanya dalam menghadapi ancaman dari Iran.

Beliau menambah bahawa penyelesaian dua negara bukan sahaja akan membina semula Gaza, tetapi juga memastikan keselamatan dan maruah rakyat Palestin terpelihara.
Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan