PERANG INDIA-PAKISTAN: Sebilangan syarikat penerbangan batal perjalanan ulang-alik ke India dan Pakistan
Air India membatalkan penerbangan ulang-alik ke sembilan lokasi disebabkan "keadaan yang sedang berlaku".
Muzaffarabad di Kashmir pada 7 Mei 2025. (Gambar: Reuters)
Pengumuman itu dibuat di laman Twitter syarikat penerbangan itu pada Rabu (7 Mei).
Dua penerbangan antarabangsa juga dilencongkan ke Delhi.
Qatar Airways juga memaklumkan pihaknya menggantung sementara penerbangan ke Pakistan disebabkan penutupan ruang udara.
Syarikat penerbangan IndiGo turut mengumumkan pembatalan penerbangan ulang-alik ke sebilangan lapangan terbang.
"Penerbangan ulang-alik ke Srinagar, Jammu, Amritsar, Leh, Chandigarh, Dharamshala, Bikaner, dan Jodhpur dibatalkan hari ini.
"Kami menjangkakan perubahan dalam jadual penerbangan bagi rangkaian kami dan menasihati semua pelanggan supaya terus mencari kemas kini bagi status penerbangan mereka sebelum menuju ke lapangan terbang.
"Kami kekal komited untuk memaklumkan anda tentang perkembangan lanjut," menurut IndiGo di laman Twitter.
SYARIKAT PENERBANGAN ELAK RUANG UDARA PAKISTAN
Korean Air, Thai Airways, Lufthansa dan Air France juga sudah mula mengelak ruang udara Pakistan menyusuli ketegangan memuncak antara India dan Pakistan.
Thai Airways menyatakan ia akan mengubah laluan penerbangan dengan destinasi ke Eropah dan Asia Selatan disebabkan penutupan ruang udara dan lapangan terbang Pakistan akibat konflik tersebut.
"Korean Air telah mula mengubah laluan penerbangan Incheon–Dubai pada Rabu, memilih laluan selatan yang melalui Myanmar, Bangladesh, dan India berbanding laluan sebelumnya melalui ruang udara Pakistan," menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataannya.
Syarikat penerbangan itu terus memantau keadaan untuk menilai keadaan penerbangan, dedahnya.
EVA Air dan China Airlines dari Taiwan turut mengelak ruang udara tersebut.
China Airlines juga memaklumkan ia telah mengaktifkan pelan kecemasan dan "mengambil beberapa langkah untuk memastikan keselamatan penumpang dan anak kapal".
BRITAIN PANTAU RAPI BAGI SEBARANG GANGGUAN PENERBANGAN
Dalam pada itu, Britain menyatakan pihaknya sedang memantau rapi sebarang kemungkinan bagi gangguan penerbangan ulang-alik ke India.
Warga Britain juga harus menghubungi syarikat penerbangannya bagi maklumat terkini, tambahnya.
Buat masa ini, makluman dikeluarkan agar orang ramai tidak melakukan perjalanan ke kawasan dalam lingkungan 10 kilometer dari sempadan India-Pakistan.
Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan juga menasihati agar mengelakkan semua perjalanan ke Jammu dan Kashmir.
Ia juga menasihati supaya hanya melakukan perjalanan penting ke wilayah Manipur.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.