Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PERANG INDIA-PAKISTAN: Penutupan ruang udara India jejas 32 lapangan terbang

Anggaran Waktu Membaca:
PERANG INDIA-PAKISTAN: Penutupan ruang udara India jejas 32 lapangan terbang

Para penumpang di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah setelah semua penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan di Karachi pada 7 Mei 2025. (Gambar: Asif HASSAN / AFP)

Diterbitkan : 10 May 2025 01:21PM Dikemas Kini : 10 May 2025 01:24PM
NEW DELHI: India memperluaskan sekatan ruang udaranya berikutan ketegangan ketenteraan yang berterusan dengan Pakistan.

Penguasa Lapangan Terbang India (AAI) dan pihak berkuasa penerbangan berkaitan telah mengeluarkan beberapa notis kepada juruterbang bagi mengumumkan penutupan sementara 32 lapangan terbang di utara dan barat India daripada semua operasi penerbangan awam, menurut kenyataan Kementerian Penerbangan Awam pada awal Sabtu (10 Mei).

Lapangan terbang yang terjejas termasuk Ambala di wilayah Haryana, Amritsar di Punjab, Bhuj dan Jamnagar di Gujarat, Jaisalmer dan Jodhpur di Rajasthan, serta Jammu dan Srinagar di wilayah Kashmir dan Shimla di Himachal Pradesh.

Semua operasi penerbangan awam di lapangan terbang tersebut akan digantung sehingga 15 Mei, menurut kenyataan itu.

Ketegangan ketenteraan antara India dan Pakistan semakin memuncak sejak beberapa hari kebelakangan ini, dengan kawasan sempadan menyaksikan serangan udara dan bedilan meriam.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan