Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perang India-Pakistan “bukan urusan kami,” kata JD Vance

Anggaran Waktu Membaca:
Perang India-Pakistan “bukan urusan kami,” kata  JD Vance

Naib Presiden Amerika Syarikat JD Vance menyampaikan ucapan di Pusat Antarabangsa Rajasthan di Jaipur, India pada 22 Apr 2025. (Foto: Reuters/Kenny Holston)

Diterbitkan : 09 May 2025 02:17PM Dikemas Kini : 09 May 2025 02:19PM
WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat JD Vance menegaskan, konflik ketenteraan yang semakin memuncak antara India dan Pakistan “pada asasnya bukan urusan kami” walaupun beliau dan Presiden Donald Trump menyeru kedua-dua negara supaya meredakan ketegangan.

Dalam temu bual bersama Fox News, Encik Vance berkata: “Apa yang boleh kami lakukan ialah menggalakkan kedua-dua pihak supaya meredakan ketegangan, tetapi kami tidak akan campur tangan dalam peperangan yang pada dasarnya bukan urusan kami dan di luar kawalan Amerika.”

Kata Encik Vance lagi, Amerika tidak mempunyai keupayaan untuk memaksa India atau Pakistan menghentikan tindakan ketenteraan mereka dan menegaskan, penyelesaian hanya akan dicapai melalui saluran diplomatik.

“Harapan dan jangkaan kami ialah konflik ini tidak akan bertukar menjadi perang serantau yang lebih besar atau konflik nuklear,” tambah Encik Vance.

“Buat masa ini, kami tidak fikir itu akan berlaku.”

Encik Vance mengeluarkan kenyataan itu sedang ketegangan antara India dan Pakistan terus meningkat.

Laporan CNN menyebut, pihak berkuasa India mendakwa Pakistan telah melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah sasaran ketenteraan di wilayah India dan Kashmir yang ditadbir India.

Islamabad bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut, tetapi dalam kenyataan terdahulu mendakwa telah membunuh antara 40 hingga 50 askar India di sempadan Kashmir serta menembak jatuh lebih 20 dron milik India.

India pula mengesahkan telah menyerang sistem pertahanan udara Pakistan sebagai tindak balas terhadap tindakan tersebut.

Ketegangan antara kedua-dua negara bersenjata nuklear itu mencetuskan kebimbangan global, namun kenyataan dari Washington menunjukkan bahawa Amerika mengambil pendekatan berhati-hati dan enggan terlibat secara langsung dalam konflik tersebut.
Sumber : Reuters/co/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan