Skip to main content

Dunia

PERANG INDIA-PAKISTAN: Angka korban di Pakistan meningkat kepada 26 orang

Tentera Pakistan menyatakan angka korban daripada serangan peluru berpandu India ke atas sempadannya kini telah meningkat kepada 26 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
PERANG INDIA-PAKISTAN: Angka korban di Pakistan meningkat kepada 26 orang

Anggota tentera berdiri di hadapan masjid yang musnah akibat serangan disyaki peluru berpandu oleh India di Muzaffarabad pada 7 Mei 2025. (Gambar: AP/MD Mughal)

MUZAFFARABAD, Pakistan: Tentera Pakistan menyatakan angka korban daripada serangan peluru berpandu India ke atas sempadannya kini telah meningkat kepada 26 orang.

"Setakat ini, 26 orang awam terbunuh dalam serangan itu," kata jurucakap tentera Ahmed Sharif Chaudhry.

Encik Ahmed Sharif sebelum ini berkata tentera Pakistan berikrar memberi tindak balas tegas terhadap serangan India yang disifatkan sebagai 'pengecut' dan 'tidak wajar'.

INDIA DAKWA HANYA SASAR "KUBU PENGGANAS" DI PAKISTAN

India sebaliknya bertegas bahawa serangannya terkena "kubu pengganas" di Pakistan, yang berfungsi sebagai pusat pengambilan anggota, tapak pelancaran dan pusat indoktrinasi, serta lokasi menempatkan senjata dan kemudahan latihan.

"Perisikan dan pemantauan modul pengganas yang berpangkalan di Pakistan menunjukkan bahawa serangan susulan terhadap India akan berlaku, oleh itu adalah perlu untuk mengambil serangan awal dan berjaga-jaga," kata Setiausaha Luar India Vikram Misri.

India sebelum ini berkata pihaknya menyerang sembilan tapak "infrastruktur pengganas" Pakistan, dengan sebilangan daripadanya dikaitkan dengan serangan terhadap pelancong di Kashmir yang dikawal India.

Islamabad bagaimanapun menyatakan enam lokasi di Pakistan disasarkan, dan tiada satu pun daripadanya adalah kubu pengganas.
 
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita