Skip to main content

Dunia

PERANG INDIA-PAKISTAN: 3 maut dalam serangan tentera Pakistan di India

Tentera India menyatakan tiga orang awam terbunuh dalam serangan Pakistan ke atas Kashmir yang dikawal India.

Anggaran Waktu Membaca:
PERANG INDIA-PAKISTAN: 3 maut dalam serangan tentera Pakistan di India

Pegawai keselamatan berdiri di luar sebuah bangunan yang musnah di tapak serangan peluru berpandu India dekat Muzaffarabad pada 7 Mei 2025. (Gambar: AP/M.D. Mughal)

Diterbitkan : 07 May 2025 12:15PM Dikemas Kini : 07 May 2025 12:24PM
KASHMIR: Tentera India menyatakan tiga orang awam terbunuh dalam serangan Pakistan ke atas Kashmir yang dikawal India.

Ia menyatakan tentera Pakistan "melakukan tembakan sewenang-wenangnya" merentasi sempadan yang membahagikan Kashmir. yang dipertikaikan antara kedua-dua negara.

"Tiga orang awam yang tidak bersalah kehilangan nyawa mereka", menurut tentera India, sambil menambah bahawa pihaknya membalas dengan "cara yang berpadanan".

Sehubungan itu, India menamakan operasi serangan ke atas Pakistan sebagai "Operasi Sindoor".

Operasi tersebut, menurut Kementerian Pertahanan India, menunjukkan keazaman negara untuk mempertanggungjawabkan pelaku sambil mengelakkan provokasi yang tidak perlu.

"Tindakan kami telah ditumpukan, diukur dan bersifat tidak meningkatkan ketegangan."

Taklimat mengenai operasi tersebut juga akan diadakan lewat hari ini.
Sumber : CNA/IM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita