Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perang dunia ke-3 mungkin tercetus andai Ukraine sertai NATO, kata Dr Mahathir

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Sekiranya Ukraine diterima sebagai ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), serangan oleh Rusia akan mengakibatkan peperangan dengan semua negara anggota pertubuhan itu, kata mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad.

Ini bermakna, Astro AWANI memetik penjelasan Dr Mahathir, bahawa perang di antara NATO dengan Rusia akan meningkat dan berupaya menjadi perang dunia ketiga dengan kemungkinan penggunaan senjata nuklear.

Dalam satu kenyataan pada Rabu (29 Jun), Ahli Parlimen Langkawi itu juga turut menjelaskan salah satu perjanjian antara negara-negara NATO adalah bahawa serangan terhadap satu akan dianggap sebagai serangan terhadap semua negara anggota.

Dr Mahathir juga memaklumkan, tentera Rusia semakin melemah selepas perpecahan Kesatuan Soviet dan NATO menganggap ia sebagai satu anugerah, lapor Astro AWANI. 

Ia tidak menjejaskan negara-negara NATO untuk melibatkan lebih banyak lagi negara terutama negara penyangga, antaranya dengan sekutu NATO di Eropah, yang telah jelas ditubuhkan untuk membendung pengaruh Rusia.

Dalam hal ini, tambah Dr Mahathir, Rusia tidak mungkin akan mengaku kalah dan begitu juga dengan NATO.

Situasi ini juga, jelas beliau lanjut, boleh memusnahkan dunia.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan