Perang Amerika, Israel dan Iran: WFH, subsidi minyak antara langkah bantu Asia Tenggara tangani krisis tenaga
Anggaran Waktu Membaca:
Orang ramai beratur untuk membeli minyak di stesen minyak di Vietnam, 10 Mac 2026. (Gambar fail: Reuters/Khanh Vu)
SINGAPURA: Krisis tenaga global yang dicetuskan oleh penutupan Selat Hormuz di tengah-tengah perang Iran-Israel-Amerika Syarikat menjejaskan kehidupan merentasi sebahagian besar penduduk di Asia Tenggara.
Daripada minyak mentah dan gas asli cecair (LNG) yang melalui selat itu, 84 peratus minyak mentah dan 83 peratus LNG menuju ke pasaran Asia, menurut data 2025 daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat.
Akibatnya, harga minyak bergolak dengan pantas sejak penutupan selat itu oleh Iran. Minyak mentah Brent melonjak melepasi AS$100 setong (S$129 setong)buat kali pertama dalam tempoh beberapa tahun, dengan penutupan Selat Hormuz menyekat hampir seperlima daripada bekalan minyak dunia.
Setakat petang Isnin (6 Apr), niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan pada harga AS$110 setong (S$141 setong) manakala minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada harga AS$111 setong (S$142 setong). Ini jauh melepasi paras yang dilihat sepanjang dua tahun lalu, apabila harga secara amnya berada antara AS$70 (S$90) dengan AS$85 (S$109).
Harga LNG Asia melonjak 85 peratus sejak perang, memuncak daripada paras tertinggi akhir 2022, walaupun harga sudah turun dalam tempoh dua minggu yang lalu.
Kebanyakan negara Asia Tenggara merasakan tekanan krisis tenaga ini, sedang pemerintah-pemerintah bergegas mencatu bekalan tenaga, melaksanakan dasar bekerja dari rumah (WFH) dan mempelbagaikan sumber tenaga.
Sementara itu, perniagaan di rantau ini juga menyaksikan permodalan pasaran menyusut sekurang-kurangnya AS$216.9 bilion (S$278.9 bilion), dengan penutupan Selat Hormuz yang disebut-sebut sebagai faktor utama, lapor saluran berita Jepun, Nikkei Asia.
Indonesia terjejas paling teruk, dengan AS$115.5 bilion (S$148.5 bilion) nilai pasaran terhapus, diikuti oleh Thailand dengan AS$48.9 bilion (S$62.9 bilion). Filipina dan Vietnam masing-masing kehilangan lebih AS$16 bilion (S$21 bilion), lapor Nikkei selanjutnya.
Di Singapura, Perdana Menteri Lawrence Wong memberi amaran pada 2 April tentang "kesan buruk" jika sumber tenaga dan laluan bekalan Timur Tengah mengalami gangguan yang berpanjangan.
Beliau berkata pemerintah setakat ini menangani gangguan, dengan penapis minyak mengurangkan pengeluaran dan firma-firma mendapatkan bekalan dari luar Timur Tengah.
Singapura juga memperkukuh daya tahan jangka panjang dengan mempertingkatkan perkongsian tenaga termasuk dengan Australia, yang sudah membekalkan lebih sepertiga daripada LNG Singapura, dan bekerjasama rapat dengan New Zealand untuk menjamin bekalan makanan dan barangan keperluan semasa krisis.
Sedang perang memasuki minggu keenam, Mediacorp meninjau bagaimana negara-negara di Asia Tenggara yang lain bertindak balas terhadap krisis tenaga dan kos yang melambung tinggi.
MALAYSIA
Berbanding rakan sejawatannya di Asia Tenggara, Malaysia lebih terlindung daripada krisis tenaga sebagai negara pengeluar minyak dan pengeksport tenaga bersih, tetapi ikrar kerajaan persekutuan untuk mengekalkan subsidi bahan api menimbulkan kebimbangan tentang kemampanannya.
Di tengah-tengah harga yang melambung tinggi, ia mengekalkan harga bahan api yang rendah melalui subsidi nasional, mengekalkan harga siling RM1.99 (S$0.61) seliter untuk petrol bersubsidi RON95.
Bagaimanapun, ia mengehadkan sementara had individu untuk petrol RON95 kepada 200 liter mulai 1 April, turun daripada 300 liter.
Pada 26 Mac, Kementerian Kewangan Malaysia memberi amaran bahawa subsidi petrol dan diesel bulanan boleh mencecah RM4 bilion (S$1.28 bilion) apabila harga minyak global melonjak.
Para pakar sebelum ini memberitahu Mediacorp bahawa subsidi petrol dan diesel yang berterusan boleh membebankan kedudukan fiskal Malaysia dan mungkin menambah hutang negara itu.
Defisit fiskal Malaysia adalah 3.7 peratus pada 2025, meneruskan penurunan daripada tahap kemuncak 6.4 peratus pada 2020. Ia mencecah 4.1 peratus pada 2024.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang aktif mempelbagaikan sumber tenaga Malaysia untuk memastikan bekalan bahan api dan tenaga kekal selamat walaupun berlaku gangguan terhadap rantaian bekalan global.
Kira-kira separuh daripada jumlah bekalan minyak Malaysia terkandas atau tertunda berikutan penutupan Selat Hormuz, tambahnya.
Pada 27 Mac, Encik Anwar mengumumkan bahawa kapal-kapal negara itu akan dibenarkan melalui selat tersebut - antara segelintir negara yang diberikan laluan selamat bebas tol - sekali gus mengurangkan sebahagian tekanan bekalan.
Malaysia juga akan memperkenalkan dasar WFH untuk kakitangan kementerian, agensi, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan mulai 15 April.
Para kakitangan awam yang tinggal lebih 8km dari pejabat mereka akan dibenarkan aturan kerja WFH tiga hari, umum Jabatan Perkhidmatan Awam.
Sektor seperti pelancongan turut terjejas berikutan kenaikan harga bahan api, dengan pengendali bas pesiaran dan van diberikan lampu hijau untuk menaikkan harga sehingga 80 peratus, umum Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) pada 30 Mac.
INDONESIA
Kira-kira 25 peratus daripada import minyak Indonesia adalah dari Timur Tengah dan melalui Selat Hormuz, menurut Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Bahlil Lahadalia.
Dalam sidang media pada 6 April, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto berkata pemerintah sudah menaikkan caj tambahan bahan api pesawat sebanyak 28 peratusan mata kepada 38 peratus, meningkat daripada 10 peratus sekarang.
Ia juga membenarkan kenaikan harga tambang udara domestik kepada sekitar sembilan hingga 13 peratus, sambil mengurangkan duti import alat ganti pesawat kepada 0 peratus untuk mengurangkan kos operasi syarikat penerbangan.
Pemerintah Indonesia sebelum ini mengumumkan langkah penjimatan besar-besaran pada 31 Mac termasuk sekatan bahan api, pemotongan perjalanan rasmi dan dasar WFH mandatori.
Langkah-langkah itu bertujuan untuk menjimatkan sehingga 243.4 trilion rupiah (S$18.39 bilion) dalam perbelanjaan negara di tengah-tengah kos tenaga yang melambung tinggi, lapor saluran berita tempatan Jakarta Globe.
Encik Airlangga berkata semasa sidang media pada 31 Mac bahawa pemerintah akan mencatu bahan api bersubsidi melalui had pembelian harian bermula 1 April, seperti mengehadkan pembelian petrol untuk kenderaan persendirian kepada 50 liter sehari. Sebelum ini, tiada had pembelian dikenakan di seluruh negara.
Petrol bersubsidi yang dijual di bawah firma tenaga negara Pertamina termasuk bahan api daripada Jenama Pertalite dan diesel yang dipasarkan sebagai Biosolar juga akan dihadkan mulai 1 April, menurut Badan Kawal Selia Hiliran Minyak dan Gas Indonesia.
Seperti Malaysia, Indonesia juga merupakan pengeluar minyak dan menyatakan ia tidak akan menaikkan harga bahan api, yang diberi subsidi secara besar-besaran di Indonesia, walaupun negara itu adalah pengimport tenaga bersih.
Pemerintah Indonesia juga sudah melaksanakan dasar WFH setiap Jumaat untuk pekerja sektor awam, satu langkah yang diramal akan menjimatkan rakyat sebanyak 59 trilion rupiah (S$4.46 bilion) secara keseluruhannya.
"Aturan WFH untuk pekerja sektor swasta masih mengambil kira ciri-ciri dan keperluan setiap perniagaan," kata Encik Airlangga dalam taklimat media pada 31 Mac.
Beliau juga mengumumkan bahawa perjalanan rasmi domestik sudah dipotong separuh - dengan pengecualian kenderaan elektrik - dengan pemotongan 70 peratus bagi perjalanan ke luar negara.
Pemerintah Indonesia juga sudah membuat pemotongan ke atas program makanan sekolah percuma mulai 31 Mac, dianggarkan menjimatkan kira-kira 40 trilion rupiah (S$3.02 bilion), kata Nanik Sudaryati Deyang, timbalan ketua Badan Pemakanan Nasional Indonesia, kepada AFP pada 29 Mac.
Dalam usaha memperkukuh keselamatan tenaga di tengah-tengah perang, Indonesia juga mendorong peralihan kepada tenaga bersih dan tenaga boleh diperbaharui dengan lebih banyak pelaburan dalam projek minyak dan gas.
Jakarta dan Tokyo pada 30 Mac menandatangani 10 Memorandum Persefahaman (MOU) dan tawaran perniagaan bernilai gabungan AS$23.63 bilion (S$30.39 bilion), merangkumi sektor-sektor termasuk projek tenaga bersih, cari gali minyak dan gas serta pembangunan geoterma.
"Dengan situasi di Iran, kepentingan strategik sumber dan keselamatan tenaga sekali lagi diiktiraf secara global. Indonesia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber asli," kata Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Forum Perniagaan Indonesia-Jepun yang diadakan di Tokyo.
"Dalam tiga tahun akan datang, kami mahu (mempunyai) 100 gigawatt tenaga solar. Bagi kami, ini lebih mendesak disebabkan oleh situasi yang kami lihat sekarang," tambah Encik Prabowo.
THAILAND
Kira-kira 40 peratus daripada import tenaga Thailand melalui Selat Hormuz, dengan Amiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai pembekal minyak mentah terbesar Thailand, menurut agensi berita tempatan The Nation.
Di tengah-tengah krisis tenaga, dana bahan api Thailand yang menyediakan subsidi bahan api hampir mencecah defisit 50 bilion baht (S$1.93 bilion), kata Prasert Sinsukprasert, Setiausaha Tetap Tenaga pada 3 April.
Walaupun dana itu memegang talian kredit 150 bilion baht (S$5.79 bilion), para pegawai memberi amaran bahawa sumber negara itu hanya akan bertahan dua bulan lagi pada kadar penyusutan semasa.
Encik Prasert menambah bahawa harga diesel global telah melonjak kepada hampir AS$300 setong (S$385.83 setong) setakat 3 April, hampir tiga kali ganda kadar standard AS$92 (S$118.32).
Encik Veerapat Kiatfuengfoo, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga Thailand, berkata pada 31 Mac bahawa 1.3 bilion baht (S$50.16 juta) perlu dibayar ke dalam dana negeri setiap hari untuk mengekalkan subsidi kerajaan bagi menampung harga bahan api, sambil memberi amaran bahawa beban kewangan dijangka akan memuncak.
Kerajaan juga bertindak untuk merampas "keuntungan luar biasa" - keuntungan besar yang tidak dijangka bagi syarikat dan industri yang didorong oleh faktor luaran - daripada syarikat penapis minyak untuk menuntut semula lebihan keuntungan yang dijana oleh "premium perang" dan margin penapisan yang melambung tinggi, lapor The Nation.
Kementerian Tenaga juga sedang mempertimbangkan sama ada untuk melaksanakan pengurangan harga umum atau menyediakan subsidi bersasar untuk sektor pengangkutan dan isi rumah yang terdedah, lapor The Nation.
Pesta Songkran yang yang dijadual berlangsung selama tiga hari dari 13 hingga 15 April, dijangka akan memacu kenaikan 6 peratus pada perbelanjaan domestik kepada 30.35 bilion baht (S$1.17 bilion) tetapi hotel, peruncit dan pengendali acara mungkin tertekan oleh kos bahan api yang tinggi, lapor Persatuan Hotel Thailand seperti yang dipetik oleh Bangkok Post.
FILIPINA
Filipina adalah negara pertama di rantau ini yang diletakkan di bawah perintah darurat pada 24 Mac, sedang pemerintah negara itu memberi amaran tentang "bahaya yang akan berlaku secara kritikal terhadap bekalan tenaga yang rendah" dan "langkah-langkah segera diperlukan" untuk menstabilkan bekalan tenaga, menurut perintah eksekutif pemerintah.
Ia mengimport hampir kesemua keperluan bahan apinya, termasuk 95 peratus minyaknya dari Teluk dengan Arab Saudi sebagai pembekal terbesarnya, menjadikan negara itu antara yang paling terdedah kepada kejutan tenaga global, menurut Maybank Investment Bank.
Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. memberitahu Bloomberg pada 24 Mac bahawa terdapat "kemungkinan ketara" bahawa pesawat mungkin terbiar begitu sahaja disebabkan oleh kekurangan bahan api jet.
Encik Marcos kemudian mengarahkan pelepasan dana kecemasan sebanyak 20 bilion peso (S$428.27 juta) kepada jabatan tenaga negara itu pada 26 Mac, untuk mendapatkan bekalan bahan api bagi melindungi rakyatnya daripada krisis tenaga.
Jabatan Belanjawan dan Pengurusan menyatakan bahawa dana kecemasan itu akan digunakan untuk memperoleh produk bahan api termasuk diesel, petrol dan gas petroleum cecair (LPG) untuk meningkatkan inventori bahan api nasional, menstabilkan harga pam dan memastikan operasi tanpa gangguan merentasi pelbagai sektor kritikal.
Pada 27 Mac, Encik Marcos berkata Sidang Puncak Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang dirancang di wilayah Cebu dari 7 hingga 8 Mei akan memberi tumpuan semata-mata kepada rancangan blok itu untuk bertindak balas terhadap "kejutan" di tengah-tengah perang. Negara itu merupakan pengerusi sidang puncak ASEAN tahun ini.
Sidang puncak ASEAN akan dipendekkan kepada program asas sahaja yang merangkumi isu-isu seperti bekalan bahan api, harga makanan dan pekerja migran, tambah Encik Marcos.
Mesyuarat persediaan untuk sidang puncak ASEAN, termasuk sesi menteri-menteri, dikurangkan dan diadakan secara maya untuk menjimatkan kos, kata pembantu utama Encik Marcos, Setiausaha Eksekutif Ralph Recto secara berasingan.
Setakat 20 Mac, pemerintah menyatakan Filipina mempunyai kira-kira 45 hari bekalan bahan api dan sedang memperoleh satu juta lagi tong minyak untuk membina bekalan simpanannya.
"Kami sedang meneroka sumber lain yang tidak terjejas oleh perang," kata Encik Marcos.
"Keadaan mula terbuka ... kami boleh yakin bahawa selepas 45 hari kami akan mempunyai aliran minyak."
Sementara itu, ratusan pekerja pengangkutan di Manila mengadakan mogok selama dua hari pada 26 Mac disebabkan kenaikan kos bahan api, dengan gabungan pengangkutan mengemukakan tuntutan menyeluruh termasuk membatalkan cukai bahan api dan meninggalkan penyahkawalseliaan.
VIETNAM
Di Vietnam, bekalan bahan api domestik adalah mencukupi untuk memenuhi permintaan sehingga akhir April tahun ini, menurut pihak berkuasa tempatan pada sidang media kerajaan pada 4 April.
Negara itu memperoleh 85 peratus minyak mentahnya dari Kuwait, dengan gangguan kepada selat memacu kenaikan harga bahan api, menurut Mitsubishi UFJ Financial Group Bank.
Harga diesel meningkat lebih daripada dua kali ganda sejak perang, manakala petrol meningkat hampir 30 peratus. Indeks harga pengguna Vietnam meningkat 1.23 peratus pada Mac berbanding bulan sebelumnya, dengan pengangkutan mencatatkan peningkatan terbesar, lapor saluran berita tempatan VnEconomy.
Vietnam Airlines menggantung hampir dua puluh penerbangan domestik mulai 1 April disebabkan bekalan bahan api terhad yang disebabkan oleh perang, menurut pihak berkuasa penerbangan negara itu pada 23 Mac.
Harga diesel yang melambung tinggi menyebabkan ekonomi gignya berdepan tekanan besar - dengan kira-kira 77 juta motosikal berdaftar di Vietnam, menjadikannya salah satu nisbah motosikal-ke-penduduk tertinggi di dunia.
Sebagai tindak balas kepada krisis tenaga, politburo Vietnam - yang terdiri daripada pemerintah dan perdana menteri - mengarahkan kementerian berkaitan pada awal Mac untuk menyediakan dua senario bekalan bahan api - pelan jangka pendek empat minggu dan pelan jangka panjang.
Sementara itu, pengeluaran di penapis minyak utama di Vietnam meningkat sebanyak 10 peratus setakat 31 Mac.
Kementerian Perdagangan dan Industri mentyatakan ia akan terus memperluaskan kapasiti pengeluaran domestik, mempelbagaikan sumber tenaga dan mempercepatkan pembangunan bahan api alternatif seperti biofuel E10 - campuran yang mengandungi 90 peratus petrol dan 10 peratus etanol.
Dalam usaha tenaga boleh diperbaharui yang serupa dengan Indonesia, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh bertemu rakan sejawat Rusia Mikhail Mishustin pada 23 Mac di Mosko dan menandatangani perjanjian mengenai kerjasama minyak dan gas termasuk rancangan untuk membina dua loji kuasa nuklear di Vietnam.
Mereka juga mencapai persetujuan untuk membantu firma tenaga milik pemerintah PetroVietnam dan VietNamElectricity membina prasarana pelabuhan untuk menerima dan menyimpan import LNG serta loji kuasanya.
"Kerjasama dalam tenaga minyak dan gas akan diperkukuh dalam semua bidang perdagangan, carigali, pengekstrakan dan latihan sumber manusia," menurut kenyataan pemerintah Vietnam pada 22 Mac.

Sumber : CNA
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.