Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Turki sedia bantu laksana perjanjian Iran-Amerika jika dimeterai: Erdogan

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Turki sedia bantu laksana perjanjian Iran-Amerika jika dimeterai: Erdogan

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 24 May 2026 10:27PM
ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata Turki “bersedia memberikan segala bentuk sokongan dalam fasa pelaksanaan mana-mana perjanjian yang mungkin dicapai dengan Iran,” menurut pejabatnya pada Ahad (24 Mei), lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, pejabat itu memaklumkan bahawa Encik Erdogan mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Amerika Syarikat  Donald Trump serta beberapa pemimpin negara-negara Timur Tengah bagi membincangkan perkembangan di Iran dan rantau tersebut.

Dalam perbincangan itu, Encik Erdogan berkata Turki sedang berusaha menggalakkan keamanan di seluruh rantau berkenaan dengan keyakinan bahawa penyelesaian sewajarnya boleh dicapai bagi isu yang kelihatan rumit, termasuk isu nuklear Iran.

Encik Erdogan menegaskan bahawa Turki menginginkan era baharu yang menyaksikan negara di rantau itu tidak lagi menjadi ancaman antara satu sama lain dan dan tiada pihak yang akan rugi dalam usaha mencapai keamanan.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan bila panggilan telefon antara Encik Erdogan dengan pemimpin terlibat diadakan.

Encik Trump sebelum ini berkata perjanjian damai dengan Iran “sebahagian besarnya telah dirundingkan,” tertakluk selepas ia dimuktamadkan antara Amerika Syarikat, Iran dan negara lain di Timur Tengah.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita