Perang Amerika, Israel dan Iran: Trump timbang kurangkan operasi tentera tapi tolak gencatan senjata dengan Iran
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AP)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Jumaat (20 Mac) menolak mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Iran, sedang lebih ramai tentera laut negara itu dikerahkan ke Timur Tengah, sekali gus meningkatkan kemungkinan berlaku pertempuran darat.
Encik Trump menekankan Washington mempunyai kelebihan dalam perang yang sudah pun berlarutan selama tiga minggu, walaupun Iran berjaya menyekat Selat Hormuz dalam langkah yang menyebabkan harga minyak global melonjak.
"Saya rasa kita sudah menang," kata Encik Trump kepada wartawan di Rumah Putih di samping Setiausaha Negara Marco Rubio.
"Saya tidak mahu melaksanakan gencatan senjata. Anda tahu bahawa anda tidak akan melakukan gencatan senjata sedangkan anda hampir melumpuhkan pihak yang lain."
Encik Trump tidak dapat mengesahkan laporan oleh wadah berita Axios bahawa beliau menimbangkan untuk melakukan pendudukan atau sekatan terhadap Pulau Kharg di Iran bagi mendesak Iran supaya membuka semula selat.
"Saya mungkin mempunyai rancangan atau tidak," kata Encik Trump apabila ditanya oleh seorang wartawan AFP.
"Ia tentu sekali tempat yang disebut-sebut oleh orang ramai tetapi saya tidak boleh beritahu anda."
Rumah Putih memberitahu AFP sebelum ini bahawa Amerika Syarikat boleh "memusnahkan" hab minyak penting itu "pada bila-bila masa" jika Encik Trump memilih untuk berbuat demikian.
Tentera Amerika Syarikat menyerang Kharg pada Jumaat dalam serangan yang Encik Trump berkata "memusnahkan sepenuhnya" semua sasaran ketenteraan di pulau itu, namun Washington sejauh ini mengelakkan daripada menyerang infrastruktur minyak.
Harga minyak yang melonjak meletakkan tekanan terhadap Encik Trump untuk menamatkan perang itu, di tengah-tengah kebimbangan parti Republican bahawa kejutan ekonomi itu boleh menjejas parti tersebut dalam pilihan raya pertengahan penggal pada November.
Encik Trump sebelum ini berkata beliau tidak merancang mengerahkan tenteranya ke Iran.
Namun The Wall Street Journal melaporkan bahawa Washington mengerahkan antara 2,200 dengan 2,500 tentera laut dari USS Boxer Amphibious Ready Group yang berpangkalan di California dan Unit Expeditionary Marine ke-11.
Apabila ditanya mengenai laporan tersebut, Kor Marin menyatakan kedua-dua kumpulan itu "dikerahkan ke laut", manakala Fleet ke-3 Amerika Syarikat menyatakan mereka "menjalankan operasi rutin".
Seminggu lalu, media Amerika Syarikat melaporkan satu pengerahan berasingan ke Timur Tengah melibatkan sekitar 2,500 tentera laut yang menaiki sebanyak tiga kapal.

Sumber : AP/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.