Perang Amerika, Israel dan Iran: Trump tegaskan serangan Amerika ke atas Iran berlaku atas kehendaknya sendiri
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan pasukannya pada Selasa (3 Mac) berusaha menuntut semula naratif tentang mengapa beliau memutuskan untuk menyerang Iran, setelah diplomat kanannya mencadangkan Amerika Syarikat melancarkan serangan hanya selepas mendapat tahu tentang serangan Israel yang akan berlaku.
Setiausaha Negara Marco Rubio mencetuskan kebimbangan parti Democrat, yang katakan hanya Kongres boleh mengisytiharkan perang serta ramai penyokong MAGA Encik Trump pada Isnin apabila beliau berkata: "Kami tahu akan berlaku serangan Israel."
"Kami tahu ia akan mencetuskan serangan terhadap tentera Amerika dan kami tahu jika kami tidak menyerang mereka terlebih dahulu sebelum mereka melancarkan serangan itu, lebih ramai orang akan terbunuh," kata Encik Rubio kepada wartawan.
Para pegawai pentadbiran dengan pantas menarik balik kenyataan itu, sambil menegaskan Encik Trump membenarkan serangan itu kerana Tehran tidak serius dalam rundingan mengenai perjanjian bagi mengehadkan cita-cita nuklearnya dan Amerika Syarikat perlu memusnahkan keupayaan peluru berpandu Iran.
"Tidak, Marco Rubio tidak membuat dakwaan bahawa Israel mengheret Trump dalam perang bersama Iran," kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karoline Leavitt pada Selasa di wadah X.
Di satu mesyuarat Pejabat Oval bersama canselor Jerman, Encik Trump berkata "berdasarkan cara rundingan dijalankan, saya rasa mereka (Iran) akan menyerang terlebih dahulu. Dan saya tidak mahu ia berlaku".
"Jadi, kalau apa-apa pun, saya mungkin memaksa Israel mengambil tindakan."
TERPAKSA BERLAKU?
Encik Rubio sendiri mengulangi pendiriannya pada Selasa selepas bermesyuarat dengan ahli Dewan dan Senat Amerika Syarikat, sambil menegaskan: "Tidak, saya telah memberitahu anda ini terpaksa berlaku."
"Presiden membuat keputusan. Keputusan yang dibuatnya ialah Iran tidak akan dibenarkan bersembunyi ... di sebalik keupayaan untuk melancarkan serangan ini."
Pengkritik memanfaatkan mesej yang keliru itu untuk menuduh Presiden Trump menjerumuskan Amerika Syarikat ke dalam perang tanpa rasional yang jelas, tanpa memaklumkan Kongres - dan tanpa idea yang jelas tentang bagaimana ia mungkin berakhir.
Mereka menyatakan hanya dua minggu lalu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mendesak Encik Trump sekali lagi di Washington untuk mengambil pendirian tegas, dalam pertemuan ketujuh mereka sejak Encik Trump kembali berkuasa tahun lalu.
Beberapa sekutu Republican menyokong tindakan Encik Trump, dengan Senator Tom Cotton, pengerusi Jawatankuasa Perisikan Senat, menegaskan bahawa "tiada sesiapapun yang menolak atau mengheret Donald Trump ke mana-mana".
"Beliau bertindak demi kepentingan keselamatan negara yang penting bagi Amerika Syarikat," kata Cotton kepada rancangan pagi Fox & Friends.
Namun, sedang pilihan raya pertengahan penggal Amerika yang penting semakin hampir, yang boleh menyaksikan Republican kehilangan majoriti dalam Kongres, Encik Trump berisiko kehilangan penyokong yang sebelum ini mengalu-alukan janjinya untuk menamatkan campur tangan ketenteraan asing.
"Kita kini adalah sebuah negara yang berpecah belah antara mereka yang mahu berperang untuk Israel dan mereka yang hanya mahukan keamanan dan mampu membayar bil serta insurans kesihatan mereka," tulis Marjorie Taylor Greene, bekas sekutu utama Encik Trump dan tokoh utama dalam kalangan populis dan pengasingan sayap kanan keras, di X.

Sumber : AFP/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.