Perang Amerika, Israel dan Iran: Trump selar NATO 'pengecut' kerana kurang beri sokongan terhadap perang Iran
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AP)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyelar sekutu-sekutu NATO pada Jumaat (20 Mac) kerana kurang memberi sokongan terhadap perang Amerika Syarikat-Israel terhadap Iran, sambil menggelarkan sekutu-sekutu Amerika Syarikat sebagai "pengecut".
"Tanpa Amerika, NATO umpama 'harimau kertas'!" kata Encik Trump dalam satu catatan media sosial.
Encik Trump menyeru sekutu utama Amerika dan lain-lain, tidak ada yang dirujuk atau dinasihatkan mengenai perang, untuk membantu menjamin keselamatan perkapalan melalui Selat Hormuz.
Konlfik itu menjejas pasaran global, membunuh ribuan orang dan menyebabkan jutaan orang kehilangan tempat tinggal sejak serangan Amerika Syarikat-Israel bermula pada 28 Februari.
Encik Trump merungut negara-negara NATO tidak mahu menyertai perjuangan terhadap Iran, tetapi masih mengadu tentang harga minyak yang tinggi.
"Sekarang perjuangan itu dimenangi dari segi ketenteraan, dengan kurang bahaya bagi mereka, mereka merungut tentang harga minyak yang tinggi yang terpaksa mereka bayar, tetapi tidak mahu membantu membuka semula Selat Hormuz, gerakan tentera mudah yang merupakan satu-satunya sebab harga minyak yang tinggi. Begitu mudah untuk mereka lakukan, dengan risiko yang begitu kecil," tulisnya.
"PENGECUT, dan kami akan mengingatinya!"
Jerman, Britain, Perancis, Itali, Belanda, Jepun dan Kanada berikrar dalam satu kenyataan bersama pada Khamis untuk menyertai "usaha sewajarnya bagi memastikan laluan selamat melalui Selat".
Namun Canselor Jerman Friedrich Merz berkata ia dengan andaian bahawa ia akan menamatkan pertempuran.
Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata selepas sidang puncak Kesatuan Eropah (EU) di Brussels bahawa mempertahankan undang-undang antarabangsa dan mengelakkan perang daripada terus bertambah runcing "adalah perkara terbaik yang dapat kita lakukan", sambil menambah: "Saya tidak pernah mendengar sesiapa di sini menyatakan kesediaan untuk memasuki konflik ini - sebaliknya."

Sumber : AP/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.